• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Maut Kereta Peronda Dirempuh

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANGGOTA polis maut selepas kereta peronda dinaikinya dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 297.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara berhampiran Kajang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa, Koperal Dommy Tugok, 30-an, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, ketika kejadian, mangsa sedang membuat pemeriksaan terhadap bas di laluan kecemasan.

“€œKejadian berlaku apabila SUV dipandu lelaki berusia 21 tahun hilang kawalan lalu melanggar kereta peronda polis dinaiki mengsa dari arah belakang.

“Kereta peronda terbabit berada di belakang bas berkenaan ketika kejadian.

“Anggota polis berkenaan yang berada bersebelahan kereta peronda terbabit kemudian tercampak ke pembahagi jalan akibat pelanggaran itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azman berkata, mayat mangsa yang bertugas di JSPT Bukit Aman itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Pemandu SUV terbabit yang tidak mengalami kecederaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – myMetro Online

Tags: anggota polismaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd