• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Filem Animasi Terkenal Jepun Meninggal

oleh
06/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGARAH prolifik filem animasi Jepun, Isao Takahata, yang terkenal dengan filem Grave of the Fireflies meninggal dunia semalam dalam usia 82 tahun.

Lapor The Japan Times, mendiang meninggal di sebuah hospital di Tokyo akibat menghidap kanser paru-paru dan kematiannya telah diumumkan oleh pihak Studio Ghibli yang diasaskan beliau pada hari ini.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Tokyo, Takahata telah memulakan kariernya dalam bidang animasi di studio Toei pada tahun 1959.

 

Dia yang merupakan anak kelahiran wilayah Prefektur Mie telah mengasaskan Studio Ghibli dengan rakan seperjuangannya yang juga juruanimasi terkenal Hayao Miyazaki, 77, pada tahun 1985.

Mereka berjaya menghasilkan beberapa filem yang mendapat pujian luas daripada masyarakat ketika itu. Filem terakhirya, The Kale of the Princess Kaguya, telah mengangkat martabat syarikat animasi Jepun.

Ia malah memperoleh Anugerah Akademi pada tahun 2014 bagi ciri animasi yang terbaik. Filem itu juga dipilih dalam slot Directors’ Fortnight dalam pertandingan di Cannes Film Festival 2014.

Filem Grave of the Fireflies yang diadaptasi dari novel tulisan Akiyuki Nosaka mengisarkan tentang perjuangan hidup dua adik-beradik yatim piatu semasa Perang Dunia Kedua.

Filem ini menjadi karya Takahata paling dikenali dan  dianggap sebagai filem terbaik dalam hidup pengarah hebat ini.

Takahata yang juga pengarah dan penulis skrip filem tersebut telah menerima anugerah Animation Jury Award dan Rights of the Child Award di Chicago International Children’s Film Festival pada 1994.

Pada tahun 2015, dia telah dilantik sebagai Pegawai Perintah Seni dan Surat Perancis bagi pembikinan filem melalui terjemahan puisi Perancis ke dalam bahasa Jepun.

Hampir 20 buah filem animasi yang telah diterbitkan semasa dia menjadi pengarah dan penulis skrip.

Pembikinan terhadap filem animasi Takahata telah memberi cetusan idea kepada juruanimasi dan juga filem-filem animasi Jepun pada abad 21 ini. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: filem animasiIsao Takahatajepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd