• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perang Media Sosial Lebih Hebat Menjelang PRU14

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perang saraf menerusi media sosial dijangka lebih hebat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi menarik pengundi terhadap sesebuah parti, demikian menurut seorang pemerhati politik.

Pakar Strategis Geopolitik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata media sosial dilihat menjadi senjata utama berikutan rata-rata rakyat kini memiliki akaun media sosial yang mudah diakses menerusi telefon pintar.

“Permainan media sosial merupakan senjata dan persepsi tersirat yang dapat mengaburi mata dan pemikiran tanpa kita sedar. Ia (media sosial) sangat sofistikated kerana penyebaran berita dan gambar dilakukan secara terperinci dan terancang.

“Apa yang disebarkan boleh mengaburi semua orang sehinggakan bila kita baca dan lihat gambar yang disebarkan, kita tak boleh nak tahu benar atau tidak,” katanya pada sesi bual bicara ‘Percaturan Persepsi Mengaburi Pemikiran Rakyat’ di sini, hari ini.

Sesi bual bicara selama empat jam tersebut turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI).

Azmi memberi contoh isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diputar belit hasil kenyataan seorang pemimpin kerajaan sehingga rakyat menyalahkan cukai tersebut berhubung kenaikan harga barang.

“Jika hal ini (GST) diperjelaskan oleh Jabatan Kastam, pasti ia tidak akan menjadi isu besar seperti hari ini.

“Saya percaya, dalam dua, tiga minggu ini menjelang PRU14, pasti ada lagi berita dan gambar yang bukan-bukan disebarkan pembangkang bagi mengubah persepsi rakyat kepada kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Prof Madya Dr Azmi HassanPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd