• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Eeeww! Ibu Beri Anak Makan ‘Sup’ Berudu Hidup

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA mempercayai amalan karut, seorang wanita di China dirakam memberikan anak lelakinya beberapa ekor berudu konon dapat memberikan kesihatan yang baik kepadanya.

Insiden tersebut tersebar meluas di media sosial China sehingga mengundang kemarahan ramai netizen tempatan yang menganggap ia sebagai suatu yang menjijikkan.

Difahamkan, video berdurasi satu minit itu mula tular di media sosial pada 1 April yang menunjukkan si ibu menyuap anak lelakinya itu dengan tujuh ekor berudu yang masih hidup.

Si ibu mendakwa dia hanya mengikut petua orang lama yang mendakwa ia boleh memberi kesihatan yang baik selepas menelan beberapa ekor berudu tersebut.

Turut kedengaran suara seorang ahli keluarga berkata: “Lihat pada anak-anak katak comel ini,” bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak itu memakan habis ‘sup’ haiwan amfibia itu.

Dalam pada itu mengikut amalan perubatan tradisional masyarakat Cina, berudu boleh merawat penyakit ketumbuhan seperti crysts dan menyahkan toksik dari badan.

Namun, doktor pakar berkata, berudu mengandungi banyak parasit dan individu yang memakannya berisiko mendapat penyakit sparganosis.

“Penyakit seperti sparganosis boleh merebak ke dalam badan manusia. Ia kebiasasan dijangkiti pada daging katak, ular atau mana-mana mamalia kecil yang tidak dimasak betul,” katanya.

Sehingga kini netizen mengecam tindakan si ibu yang jelas sekali membahayakan nyawa dan kesihatan anaknya dengan petua-petua yang tidak berapa sahih itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: beruduChinapelik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd