• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV Wujudkan Program Usahawan Muda

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) merancang melahirkan lebih ramai usahawan muda yang akan berkecimpung dalam industri perladangan sawit menerusi Program Usahawan Muda, khususnya kepada individu yang tidak berpeluang menyambung pelajaran.

Pengerusi FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, setiap tahun Kumpulan telah mengeluarkan pelbagai kontrak bernilai jutaan ringgit kepada vendor dan telah ramai di antara mereka berjaya menjadi syarikat yang kukuh.

Bagaimanapun, jumlah generasi muda khususnya anak-anak peneroka yang menerima manfaat daripada kontrak ini amat sedikit dan kebanyakan mereka lebih terdedah untuk berhijrah ke luar untuk bekerja.

“Saya melihat, generasi muda sekarang semakin menjauhi industri perladangan sawit dengan beranggapan bahawa peluang pekerjaan dalam industri ini tidak memberikan masa depan yang cerah.

“Oleh itu, FGV wujudkan Program Usahawan Muda bagi memberi peluang kepada generasi baharu FELDA untuk meningkatkan sosio-ekonomi mereka sekali gus menghakis persepsi negatif terhadap kerjaya dalam industri ini,” katanya.

Program ini terbuka kepada semua warganegara berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun dan keutamaan diberikan kepada generasi baharu peneroka, anak-anak kakitangan FGV dan FELDA yang tinggal di kawasan FELDA.

FGV akan memilih 40 orang peserta untuk kumpulan pertama program ini dan segala kos pembelajaran serta peralatan akan ditanggung sepenuhnya oleh FGV.

Menerusi Program Usahawan Muda ini peserta akan dilatih bermula daripada asas pengurusan perniagaan sehinggalah latihan lapangan di ladang FGV mengikut prinsip kelestarian bagi memastikan setiap peserta mampu menguruskan syarikat sendiri.

Peserta yang berjaya dalam Program Usahawan Muda ini kelak, akan dilantik menjadi vendor FGV dan dalam masa yang sama juga mereka boleh mengembangkan lagi perniagaan dengan memperoleh kontrak daripada pihak lain.

Azhar berkata, program ini akan dilaksanakan secara berterusan dengan matlamat utama untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing dan mampu menyokong perkembangan industri perladangan sawit negara.

“Saya juga lihat dengan melahirkan lebih ramai usahawan muda yang mahir ini, industri perladangan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing yang dianggarkan kira-kira seramai 30,000 orang dan ini juga membantu membentuk ekosistem industri yang mampan dalam jangka masa panjang.

“Program Usahawan Muda ini selari dengan matlamat tanggungjawab sosial FGV yang mengambil berat terhadap kelestarian alam sekitar dan pembangunan sosial masyarakat setempat,” katanya. -BERNAMA

Tags: Datuk Wira Azhar Abdul HamidFGV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd