• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Lebih Cemerlang Mandat Kukuh Untuk BN

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mandat yang kukuh untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang akan menjadi kunci bagi melaksanakan lebih banyak lagi perkara yang baik untuk rakyat Malaysia dan membawa negara ke tahap yang lebih tinggi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa yang saya minta bukan sahaja kemenangan tetapi juga (keperluan) kepada sebuah kerajaan yang kuat agar kami dapat menyampaikan lebih banyak lagi untuk rakyat,” kata perdana menteri kepada para editor kanan di pejabatnya di sini hari ini dengan menjelangnya pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN itu menyatakan keazamannya untuk menjadikan Malaysia antara negara yang terkemuka di dunia dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh yang memberi manfaat kepada lebih 30 juta penduduk.

“Sasaran kita untuk menjadi antara negara yang terkemuka di dunia, tidak kurang daripada itu. Saya mahu Malaysia menjadi negara tahap pertama dan saya berazam untuk kita dapat mencapainya,” kata Najib yang menjadi perdana menteri pada 2009.

Najib, yang akan mengetuai BN dalam pilihan raya umum yang disifatkan sebagai ‘ibu bagi semua pilihan raya, percaya mandat yang kukuh daripada rakyat untuk BN akan terus mengukuhkan kedudukan ringgit dan menggalakkan Bursa Malaysia serta pelaburan asing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd