• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Faham Isu Yang Dihadapi Penjawat Awam

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memahami isu-isu yang dihadapi penjawat awam sebab itu beliau mengumumkan khabar gembira kepada 1.6 juta penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 hari ini, kata penganalisis politik dan pensyarah di Universiti Malaya Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Beliau berkata keputusan kerajaan memberikan kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion ringgit berkuat kuasa 1 Julai, merupakan tanda penghargaan kepada sumbangan penjawat awam terhadap proses menjayakan pembangunan dan agenda transformasi negara ke arah pemodenan sektor awam.

“Pada masa yang sama aspek yang diumumkan ini merupakan penambahbaikan yang ditunggu-tunggu kerana yang diberikan ini adalah usaha untuk menjaga kepentingan kebajikan dan kemudahan seperti pemendekan ‘time based‘ untuk kumpulan pelaksana, pemberian satu tangga gaji hingga kepada aspek kesihatan dan golongan berpencen,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada masa yang sama, menurut beliau pewujudan gred DG56 memberikan impak positif kepada golongan guru yang menjadi penyumbang dan teras pembangunan negara.

Beliau berkata aspek ini wajar diperluaskan kepada ahli akademik universiti kerana ramai lulusan Phd yang sudah lama pemegang gred 53/54, malah ada lebih 15 tahun. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd