• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Awasi 1,131 Individu Berpotensi Cetus Kekecohan

oleh Ahmad Albab
04/04/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Polis mengawasi 1,131 individu di seluruh negara yang berpotensi mencetuskan kekecohan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata bilangan individu yang dipantau di bawah pengawasan tetap akan meningkat dari semasa ke semasa jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian berdasarkan laporan yang diterima polis.

“Mereka ini di bawah pengawasan radar kami supaya mereka tidak menimbulkan kekecohan semasa tempoh pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, lebih 100 individu yang berpotensi mendatangkan masalah tersebut adalah dari Sarawak.

Mohamad Fuzi bercakap kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan polis Sibu menghadapi PRU14 di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di sini.

Ketua Polis Negara berkata pihaknya akan mengambil segala usaha bagi memastikan PRU14 berjalan lancar termasuk mengerahkan pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ke lokasi panas yang telah dikenal pasti.

“Terdapat 33 lokasi panas di Sabah dan Sarawak. Di Sarawak kami kenal pasti 17 lokasi panas termasuk Stampin, Bintulu dan Miri. Pesuruhjaya Polis Sarawak telah mengambil langkah yang perlu untuk mengawal keadaan itu,” katanya.

Menjawab pertanyaan, Mohamad Fuzi berkata lokasi panas itu tidak semestinya kawasan pembangkang tetapi kawasan berkenaan, termasuk di Semenanjung, diketahui mempunyai insiden semasa pilihan raya yang lepas.

Beliau yang gembira dengan persiapan dan kesiapsiagaan PDRM untuk pilihan raya itu mendedahkan pasukan ‘Cantas’ telah dibentuk untuk membendung gengsterisme atau sebarang aktiviti jenayah lain yang boleh mengganggu proses pilihan raya seperti menghalang orang awam daripada menjalankan hak mereka sebagai pengundi atau aktiviti pertaruhan berhubung keputusan pilihan raya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh dan Ketua Polis Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit. – BERNAMA

Tags: PDRMPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd