• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Landasan Berkembar Gemas-JB Pemangkin Pembangunan

oleh Ahmad Albab
04/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Pelaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Gemas-Johor Bahru bakal jadi pemangkin kepada pembangunan dan transformasi lebih pesat daerah Segamat dan Johor secara keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata meskipun terdapat cabaran di peringkat awal, kerajaan tetap memberi keutamaan kepada projek itu dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam.

“Sebab itulah projek ini kita beri keutamaan dan walaupun ada cabaran tertentu pada awalnya, namun kita sudah sampai ke peringkat pelaksanaan.

“Projek ini akan meliputi perjalanan sejauh 197 kilometer, melalui 11 stesen dan sepanjang jalan (landasan) ini, saya percaya aktiviti ekonomi akan dapat dirangsangkan lagi,” kata beliau ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah PLBE Gemas ke Johor Bahru di sini hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau juga yakin projek itu akan memberi banyak manfaat, antaranya meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, terutama dari segi ekonomi.

“Hubungan kita (Malaysia dan China) dan hubungan ekonomi akan terus diperkukuh dalam masa pelaksanaan projek ini,” katanya.

Selain itu, 99 peratus daripada kerja PLBE itu akan melibatkan kontraktor tempatan, sekali gus memberi peluang dan limpahan ekonomi kepada anak-anak tempatan, kata perdana menteri.

Najib menambah kata, selain memberi manfaat kepada pengguna, perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur Sentral akan mengambil masa hanya empat jam manakala perjalanan dari Johor Bahru ke Padang Besar sejauh 915.7 kilometer hanya mengambil masa sembilan jam bila menggunakan perkhidmatan kereta api berelektrik (ETS).

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam merangkap Anggota Parlimen Segamat.

PLBE dari Gemas ke Johor Bahru yang menghubungkan kawasan selatan Semenanjung Malaysia merupakan pelengkap kepada jaringan sistem Landasan Berkembar Elektrik sektor Ipoh ke Padang Besar, sektor Rawang ke Ipoh, sektor Lembah Klang dan sektor Seremban ke Gemas.

Antara stesen baharu yang akan dibina adalah di Bandar Segamat, Labis, Bekok, Paloh, Bandar Kluang, Renggam, Layang-Layang, Kulai dan Kempas Baru. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPembangunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd