• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sufian Tidak Terasa, Tapi Jangan Ada ‘Niat’ Tertentu

oleh
03/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui tidak terasa hati dengan tindakan Fathia Latiff merakam semula lagu Di Matamu yang diubah lirik menjadi seperti lagu balasan kepada single hitnya itu.

Walaupun ramai mendakwa tindakan aktres tersebut seolah-olah akan mengeruhkan lagi keadaan, namun penyanyi berusia 26 tahun itu pula hanya menganggap ia sebagai cara pelakon wanita berkenaan berkarya.

“Sebelum ini, memang ramai yang membuat ‘cover‘ lagu ini dan saya sudah pun mendengarnya. Bagi saya, ini adalah antara lagu ‘cover‘ yang kreatif.

“Saya tak rasa apa-apapun dan melihatnya sebagai cara untuk Fathia berkarya. Saya puji hasil kerjanya itu dan produksi terbabit.

“Cuma harapan saya, apabila dia menyanyikan semula lagu itu dalam versi sendiri, janganlah ada niat tertentu seperti buat serangan peribadi secara berkias sehingga dilihat seperti cuba campuri urusan peribadi orang lain,” kata Sufian dipetik BH Online.

Ujar Sufian, budaya menukar lirik serta merakam lagu balasan sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang baharu dalam industri hiburan.

Sebaliknya, di luar negara pun sudah ada yang melakukan perkara sama misalnya seperti lagu If I Was A Boy yang dinyanyikan Beyonce dan Perfect oleh Ed Sheeran.

“Jadi, ia bukanlah satu perkara yang pelik buat saya,” ujar Sufian.

Baca: Fathia Tiada Niat Persenda ‘Kisah’ Sufian-Elfira

Sebelum ini, Fathia sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dilihat membuat kelainan dengan merakam versi balasan (reply) lagu berkenaan dan memuat naiknya di laman YouTube Mixology Music pada Jumaat.

Lebih mengejutkan apabila Fathia dilihat telah mention nama pelakon, Elfira Loy ketika mempromosi lagu tersebut di laman Twitter miliknya sehingga mengundang persoalan dalam kalangan netizen. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Elfira LoyFathia LatiffSufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd