• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tak Menari Lenggok Fitnah DAP – Annuar Musa

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menari mengikut rentak kem Pakatan Harapan dengan menabur fitnah dan sentimen menyentuh sensitiviti kaum untuk mendapatkan perhatian dan sokongan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata sebaliknya, UMNO dan BN mempunyai cara tersendiri dan sentiasa fokus dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi kestabilan ekonomi dan kelangsungan keamanan negara.

“Kita tahu permainan mereka yang menggunakan media antarabangsa dan institusi luar dalam memanipulasi pelbagai isu seperti 1MDB dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) demi meraih perhatian.

“Mereka turut menabur umpan dengan menyentuh perkara sensitif demi memecahkan undi Melayu untuk berkuasa hanya dengan bermodalkan berita palsu.

“Kalau kita ikut rentak mereka, akan huru-hara negara dan kacau-bilau pasukan keselamatan. Mereka pernah cuba berbuat sedemikian namun tidak berjaya melalui perhimpunan haram Bersih, provokasi dan bising di Parlimen baru-baru ini,” katanya kepada Bernama sewaktu ditemui di sesi sembang meja bulat di pejabatnya hari ini.

Anggota Parlimen Ketereh itu berkata justeru, agenda memastikan ekonomi lebih baik, rakyat mendapat bantuan dan keharmonian antara kaum wujud adalah lebih penting daripada terus melayan umpan pembangkang tersebut.

Beliau berkata modal Pakatan Harapan untuk menarik perhatian rakyat itu hanyalah satu lagi alat DAP untuk meneruskan prinsip ‘Malaysian Malaysia’ yang jelas melanggar undang-undang berikutan menyentuh beberapa perkara keistimewaan kepada bumiputera dan Islam yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini brand politik yang sentiasa dibawa dan cuba ‘disenyapkan’ DAP dengan meletakkan pemimpin lain ke hadapan seperti apa yan berlaku ketika ini. Mereka akan menjatuhkan Melayu dengan mewujudkan perpecahan dikalangan UMNO dengan terwujudnya PPBM.

“Sebab mereka tahu politik Melayu ini berpuak-puak dan akan melahirkan politik kebencian. Lihatlah manifesto mereka, langsung tidak memberi komitmen terhadap agenda pembangunan Melayu dan Islam, ini adalah taktik dan muslihat fahaman sosialisme dalam prinsip ‘Malaysian Malaysia’ DAP,” katanya.

Justeru, Annuar berkata menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak, rakyat khasnya pengundi muda perlu lebih bijak dan cerdik agar tidak membuat pilihan yang salah dan merugikan negara. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

30/06/2022
0

PUTRAJAYA: Sistem pengeluaran bekalan makanan di setiap peringkat perlu dibuat kawalan bagi mengelak wujudnya kartel atau orang tengah yang cuba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd