• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Kanak-Kanak Autisme Puji Program

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Riak wajah Norida Sidek, 36, kelihatan cukup ceria ketika menceritakan tentang keberkesanan program di Pusat Permata Kurnia yang pernah dijalani anak sulung autisme Muhammad Isyraq Zafran dua tahun lepas.

Muhammad Isyraq Zafran Mohd Hilmi, 9, yang disahkan mengalami ‘autism spectrum disorder’ dengan ‘speech impairment’, iaitu masalah bertutur dan ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’ (ADHD).

(ADHD adalah sejenis gangguan mental yang paling kerap berlaku pada kanak-kanak… biasanya dikesan pada waktu awal persekolahan, bila seseorang kanak-kanak mula menghadapi masalah memfokus perhatian).

Norida begitu teruja ketika memberitahu Bernama mengenai kewujudan Permata Kurnia yang menurutnya sangat membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme seperti beliau, yang terpaksa ‘bermula daripada kosong’.

“Jadi dengan adanya Permata Kurnia, mereka memberi maklumat yang sangat berguna kepada kami bagaimana hendak menguruskan anak kami,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis di sini.

Norida berkata Permata Kurnia membantu mencari kelemahan dan kekurangan anaknya yang kini merupakan seorang pengawas di sekolah itu untuk beliau perbaiki selain mencari kelebihan Muhammad Isyraq Zafran untuk terus digilap.

“Melalui Permata Kurnia, sedikit demi sedikit kita nampak perubahan pada Muhammad Isyraq Zafran dan sekarang ini, apabila orang tengok dia, mereka tanya, betul ke dia ‘hyperactive’?” katanya yang turut ditemani suami Mohd Hilmi Salim, 36.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu terlibat dalam sesi dialog bersama Penaung Program Permata Negara Datin Seri Rosmah Mansor bersempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia hari ini.

Rosmah turut meluangkan masa selama setengah jam bersama empat kanak-kanak autisme yang pernah melalui program di pusat itu dan kini ditempatkan di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Mohd Norami Mat Karim, 39, yang merupakan bapa kepada kembar autisme Amsyar Lutfan dan Amsyar Luqman, 8, berkata beliau dapat melihat banyak perubahan pada kedua-dua anaknya itu selepas mereka menjalani program di pusat tersebut.

“Saya dan isteri (Siti Aezane Abdul Ghani, 35) dapat melihat ‘tantrum’ (kelakuan buat perangai) mereka sudah berkurangan dan ‘social skills’ mereka pun sudah ada,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kanak-Kanak Autisme
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Perubatan Elemen Penting Sahkan Dakwaan Kanak-kanak Autisme Didera

Laporan Perubatan Elemen Penting Sahkan Dakwaan Kanak-kanak Autisme Didera

01/08/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis masih menunggu laporan perubatan berhubung kecederaan dialami seorang kanak-kanak autisme untuk menentukan sama ada mangsa didera atau...

Zulkifli Sebak Baca Surat Wan Aiman

13/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak autisme bernama Wan Aiman yang sering menjadi perhatian Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd