• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Nasib PPBM Pada PRU14?

oleh Haris
02/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang menghadapi cabaran yang hebat dalam keadaan suasana politik sedang hangat menuju Pilihan Raya Umum ke-14 sekarang ini.

Sebagai sebuah parti yang dominan dalam Pakatan harapan (PH) selain DAP, PPBM yang dipandu Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang walaupun kelihatan gah sedang menghadapi ujian dan cabaran yang berat.

Antara risiko dihadapi kini ialah kemungkinan menjadi penumpang parti-parti PH sekiranya ia dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan.

Pelbagai kemungkinan timbul sekiranya ini berlaku, termasuk terpaksa menggunakan logo parti komponen lain, DAP atau PKR, ataupun bergabung dengan mana-mana komponen.

Dalaman PPBM telah lama bergolak dan semakin ramai lari meninggalkan parti menyertai (atau menyertai kembali) parti-parti Melayu UMNO dan PAS.

Hubungan dengan PH yang memaksa PPBM berkompromi dengan DAP sehingga mengorbankan perjuangan Melayunya ialah salah satu perbezaan besar dalam PPBM.

Umum mengetahui bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah antara pemimpin yang kuat berpegang pada ketuanan Melayu dalam politik negara.

Muhyiddin dalam PPBM masih dianggap dan diharapkan agar membawa perjuangan Melayu dan tidak berkompromi seperti yang sedang dilakukan oleh Mahathir.

Pendirian Muhyiddin ini menyumbang kepada spekulasi kemungkinan perpecahan PPBM dan kumpulan yang cenderung kepada perjuangan Melayu mengikut Muhyiddin.

Sebenarnya, sudah lama Muhyiddin memendam rasa tidak puas hati dengan cara Mahathir mengendalikan PPBM mengikut agenda peribadi bekas perdana menteri itu.

Kalau Muhyiddin dapat menentukan tindakan PPBM, parti serpihan UMNO itu tidak akan mengikut telunjuk DAP seperti hari ini.

Mahathir walaupun dikatakan boleh menarik undi Melayu, kemunculannya bersama pemimpin-pemimpin rasis DAP mencetuskan rasa tidak senang ramai dalam PPBM sendiri.

Muhyiddin dan anak Mahathir sendiri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, baru sahaja meninggalkan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak, dan terlibat dalam pembuatan dasar dan program seperti BR1M dan GST.

Kecaman kuat mahathir terhadap dasar-dasar pentadbiran Najib selama ini sebenarnya sukar untuk dijawab oleh Muhyiddin dan Mukhriz.

Dominasi Mahathir telah menjadikan PPBM muncul berkuasa dalam PH sehingga banyak ketetapan terpaksa diubah bagi mengikut kehendak Mahathir.

Tetapi menjelang PRU14 ini, parti yang tampak dominan ini mungkin akan berhadapan cabaran dan halangan yang amat getir, termasuk risiko perpecahan. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kepada Raja Permaisuri Agong, Raja...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd