• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Tanah Ijok Buat Laporan Kepada SPRM

oleh Ahmad Albab
02/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jawatankuasa Badan Bertindak Asal Peneroka Tanah Ijok hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengesyaki berlaku penyelewengan oleh beberapa individu yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian penyelesaian berhubung kes tanah berkenaan di Mahkamah Persekutuan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Mohd Fadzil Ibrahim berkata pihaknya mengesyaki individu terbabit ada menerima suapan untuk kompromi hak dan kepentingan peneroka di kawasan tersebut.

“Tanah milik peneroka telah dijual kepada sebuah syarikat swasta dalam perjanjian penyelesaian yang diatur oleh kerajaan Selangor dan peguam dari sebuah firma guaman berserta wakil-wakil peneroka bersama bekas pemaju.

“Namun, kami peneroka mengesyaki terdapat beberapa individu yang menandatangani perjanjian ini menerima suapan. Oleh itu saya mewakili peneroka membuat satu laporan kepada SPRM agar perkara ini disiasat,” katanya ketika ditemui pemberita di depan pintu masuk SPRM Selangor di sini hari ini.

Mohd Fadzil bagaimanapun enggan mendedahkan dokumen yang dimilikinya berhubung dakwaan penyelewengan itu.

Menurutnya maklumat berkaitan dakwaaan berkenaan serta individu yang terlibat hanya akan diserahkan kepada SPRM dan pihaknya berharap siasatan yang telus dapat dijalankan bagi memastikan hak peneroka di kawasan itu dapat ditegakkan.

Media sebelum ini melaporkan penjualan tanah seluas 880 hektar kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion di mukim Ijok itu menimbulkan banyak kontroversi selain turut dipersoalkan pelbagai pihak, termasuk peneroka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad turut dilaporkan berkata siasatan pihaknya berhubung isu berkenaan merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta. – BERNAMA

Tags: Isu Tanah IjokSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd