• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aura ‘Ustaz Pilot’ Terbang Tinggi Di TV AlHijrah

oleh
31/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPILAN ala juruterbang dan lontaran suara yang lantang membuatkan ramai penonton terpukau. Itulah kelainan Ustaz Lukmanul Hakim Hanafi.

Lebih popular dikenali dengan gelaran ‘Ustaz Pilot’, beliau mula mendapat perhatian dalam kalangan peminat program dakwah menerusi stesen TV AlHijrah.

“Sebenarnya saya bukanlah seorang juruterbang, saya ustaz kampung sahaja,” ujar Ustaz Lukmanul Hakim dalam nada merendah diri.

Beliau merupakan seorang penceramah bebas serta pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Fiqh Usul, Haji dan Umrah.

“Cadangan nama program ini, diberikan oleh unit kandungan TV AlHijrah sendiri. Saya pun tak sangka ada orang ingat saya benar-benar seorang juruterbang,” ujar Ustaz Lukmanul Hakim.

Beliau tidak menafikan adakala pernah juga disapa segelintir peminat dan bertanyakan tentang kaitannya dengan kerjaya sebagai juruterbang.

“Saya tidak boleh memandu kapal terbang pun, itu hanyalah nama tajuk program di stesen TV Islamik Terbaik Asia, TV AlHijrah,” jelasnya.

Ustaz Lukmanul Hakim juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana TV AlHijrah memberi peluang buatnya, dalam menyampaikan ilmu agama, dan ucapan tahniah kerana stesen TV ini.

Saluran berkenaan sering memberikan kelainan kepada penonton yang ingin menimba ilmu agama melalui TV. Ustaz Pilot musim baharu bakal mengetengahkan topik berkaitan amalan mudah menuju syurga.

Program ini mengupas amalan-amalan kecil, tetapi diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT sebagai bekalan untuk menuju ke syurga.

Lengkap dengan fakta dan hadis sahih, penyampaian ustaz yang tegas dan diselitkan unsur lawak jenaka ternyata mampu membuat penonton tersenyum lebar apabila mengikuti rakaman di Al Hijrah Big Studio, Cyberjaya.

Ustaz Pilot versi Pintu Syurga, bertemu penonton pada setiap Khamis pukul 7.30 malam, dan ulangannya pada Khamis, 10 malam menerusi TV AlHijrah.

Antara topik yang dibincangkan ialah Kalimah  La Ilaha Illallah, Jumaat Penghapus Dosa, Keajaiban Solat Sunat dan banyak lagi. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: TV ALHijrahUstaz Pilot
Share207Tweet130SendShare

Related Posts

Tular Netizen Kutuk TV AlHijrah Biadab Hina Najib

27/01/2019
0

CELUPAR... Ketika ramai penonton mula gelar TV AlHijrah sebagai TV AlFitnah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, wartawan stesen penyiaran...

CEO TV AlHijrah Pun Kena Letak Jawatan

08/07/2018
0

BERUNDUR... TV AlHijrah mengumumkan peletakan jawatan Datuk Haji Izelan Basar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) stesen penyiaran teresterial tersebut berkuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd