• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal APMM Hampir Dirempuh Kapal Nelayan Vietnam

oleh Ahmad Albab
31/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Seramai 23 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berdepan detik cemas apabila kapal KM Jujur hampir dirempuh bot nelayan Vietnam ketika cuba menahan mereka yang melakukan tangkapan ikan secara haram di perairan negara, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim D10 Tok Bali, Komander Ismail Hamzah berkata bagaimanapun hasil ketangkasan anak kapal dapat mengelak daripada rempuhan tersebut dan berjaya menahan bot nelayan Vietnam itu selepas mengejar mereka selama 40 minit di posisi 102 batu nautika dari Kuala Tok Bali pada pukul 8.41 pagi.

“Seorang tekong dan lima awak-awak berumur antara 32 hingga 52 tahun ditahan anggota APMM dan bot mereka ditunda ke pelabuhan Tok Bali untuk siasatan lanjut.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai kira-kira RM80,000 termasuk peralatan menangkap ikan dan hasil laut,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat APMM Tok Bali di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan dilakukan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Katanya sejak akhir-akhir ini, nelayan haram Vietnam menggunakan taktik baharu dengan berada tidak jauh dari bot-bot rakan mereka yang memperoleh lesen nelayan tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa yang menjalankan rondaan.

“Ketika APMM membuat rondaan semalam, terdapat lapan buah bot berada berdekatan satu sama lain dan saling berhubung antara mereka bagi menyalurkan maklumat mengenai kehadiran pihak berkuasa,” katanya.

Katanya pihaknya juga mendapat maklumat hasil tangkapan itu akan dipasarkan ke negara-negara Eropah kerana mendapat permintaan tinggi dan dijual dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal daripada pasaran mereka.

“Inilah puncanya mereka terpaksa menceroboh untuk menangkap ikan di perairan Malaysia kerana di negara mereka sudah mengalami kepupusan ikan akibat tiada kawalan selain perairan yang sempit dan jumlah bot yang berlebihan,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd