• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Whatsapp Bantu Pelajar Cemerlang SPM, IB

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMAI sering menyalahkan media sosial apabila gagal peperiksaan, tetapi bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 Muhammad Ihsan Thaqif Bahter Nasir, aplikasi media sosial banyak membantunya.

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak itu yang memperoleh 9A+ dalam SPM dan menerima Anugerah Kepujian dalam peperiksaan Baccalaureate Antarabangsa (IB) semester lepas di Kolej Mara Banting (KMB), berkata aplikasi WhatsApp banyak membantu dalam pembelajarannya.

“WhatsApp memang banyak membantu sebab banyak nota, fakta dan informasi berkaitan subjek SPM dan IB dikongsi melalui aplikasi itu bersama guru dan kawan-kawan. Lagipun ia berbentuk ‘soft copy’.

“Jadi, saya tidak perlu untuk mencetak, hanya muat turun dan membaca di mana sahaja saya berada termasuk ketika makan dan di tandas,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini, semalam.

Muhammad Ihsan Thaqif, 18, sedang mengikuti IB di KMB selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam Program ‘Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) ketika di tingkatan empat.

Pelajar itu yang menduduki SPM dan IB dalam tempoh sama berkata bukan mudah baginya menguruskan masa untuk mengulang kaji bagi SPM dan enam subjek IB secara serentak.

Berkongsi rahsia kejayaan, anak kelahiran Kuantan, Pahang itu menjelaskan dia mengorbankan waktu riadah dan menggunakan masa tersebut untuk mengulang kaji serta menjadikan buku setiap subjek sebagai ‘kitab’.

Anak bongsu seorang doktor itu mengimpikan untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Cambridge, United Kingdom dan bercita-cita menjadi saintis dalam bidang fizik.

Kisah Muhammad Ihsan Thaqif tular apabila gambarnya dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram yang tidak dikenali dengan kapsyen “lelaki dari planet lain” kerana kejayaan cemerlang dalam SPM dan IB yang kemudian dikongsi oleh netizen lain termasuk selebriti tanah air Neelofa . – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: pelajarwhatsapp
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

25/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti aduan orang ramai berhubung akaun WhatsApp yang dilaporkan digodam, disekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd