• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegigihan Nur Liyana Sebagai Usahawan Dapat Pujian PM

oleh Ahmad Albab
31/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegigihan seorang usahawan belia Bumiputera mengusahakan perniagaan snek berasaskan rumpai laut dan rempah ratus menyaksikan produk yang dihasilkan berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Berkat usahanya itu, Nur Liyana Abd Malek, 27, pemilik syarikat Inspire Human Capital Development Sdn Bhd menjadi antara empat usahawan yang menerima anugerah-anugerah utama di bawah Anugerah Usahawan Bumiputera Terbaik 2018 bersempena Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018 di Axiata Arena di sini hari ini.

Pencapaian Nur Liyana, yang menerima Anugerah Usahawan Belia Bumiputera, turut mendapat pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyampaikan penghargaan berkenaan.

“Sungguhpun usia beliau muda, bukan calang-calang perniagaannya. Kejayaan syarikat beliau amat membanggakan apabila berjaya menembusi pasaran Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi dengan jualan tahunan mencecah RM320,000 setahun,” kata Najib ketika berucap pada majlis itu.

Beliau menarik perhatian bahawa kejayaan membanggakan itu merupakan hasil pemberian bantuan dan latihan yang disediakan kerajaan yang sentiasa prihatin dalam soal membangunkan ekonomi Bumiputera.

Nur Liyana antara lain menerima bantuan yang disalurkan kerajaan menerusi program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

Dalam pada itu, Anugerah Penjaja dan Usahawan Kecil Bumiputera menjadi milik Aily Aainaa Aisha Mohd Ali, pemilik ITD Resources dari Batu Pahat, Johor yang mengusahakan perniagaan kosmetik, pakaian dan produk bayi.

Anugerah Usahawan Wanita Bumiputera pula diberikan kepada Datuk Hazimah Zainuddin, pemilik Hyrax Oil Sdn Bhd dari Klang, Selangor yang berjaya dalam perniagaan minyak pelincir yang menembusi pasaran 35 negara.

Bagi Anugerah Ikon Usahawan Bumiputera, ia disampaikan kepada Datuk Dr Ir Mohd Karim Abdullah dari Serba Dinamik Holdings Berhad yang merupakan syarikat kejuruteraan bersepadu dan kontrak penyelenggaraan yang mencipta nama di beberapa negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakusahawan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kedengaran dalam ucapan barisan pemimpin Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd