• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jihad Bangunkan Ekonomi Bumiputera Diteruskan – Najib

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa tahap ekonomi Bumiputera akan terus diperkasa di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi.

Beliau berkata sehingga kini, dana berjumlah RM77 bilion telah diagihkan kerajaan pusat kepada usahawan Bumiputera melalui 13 agensi utamanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ini termasuk RM19 bilion yang disalurkan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun Nasional (RM5 bilion) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (hampir RM3 bilion).

“Sememangnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dalam soal pembangunan ekonomi Bumiputera. Perjuangan jihad ini saya teruskan walau apa jua cabaran mendatang kerana itulah tanggungjawab saya sebagai ketua BN (Barisan Nasional),” katanya semasa berucap pada Himpunan Usahawan Bumiputera di sini, hari ini.

Sejak diberi amanah memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri pada 2009, Najib berkata beliau tekad meneruskan warisan murni ayahandanya yang juga perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dalam usaha merapatkan jurang ekonomi masyarakat termasuk Bumiputera. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd