• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasakan Mahkamah Syariah – Tengku Abdullah

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyarankan supaya mahkamah syariah di negeri ini diperkasakan setaraf dengan mahkamah sivil.

Sehubungan itu, baginda bertitah meminta pihak berkenaan mengkaji perkara itu dengan menyeluruh.

“Kalau kita tidak melaksanakannya sekarang, mungkin kita tidak akan buat lagi selepas ini…kita buat dahulu sebelum perinciannya diperhalusi pihak pentadbiran dan perundangan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas merasmikan Masjid Jamek As-Sobirin Felda Kampung New Zealand di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Tengku Abdullah bertitah baginda sedar bahawa perkara itu mungkin mendatangkan kebimbangan sesetengah pihak dan meminta ia dilakukan secara teratur.

“Kita tidak boleh menafikan ada pihak tertentu cuba memutar belit fakta dan mengambil kesempatan atas usaha kita ini.

“Oleh itu, sebelum melangkah ke satu lagi tahap, segala persiapan informasi berkaitan usaha ini perlu diuar-uarkan supaya semua pihak dapat memahami tujuan pelaksanaannya,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Mahkamah Syariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mencadangkan agar Mahkamah Syariah di seluruh negara melaksanakan prosiding sebutan kes secara...

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Tangguh 19 Jun

Kelantan Gubal RUU Pentadbiran Mahkamah Syariah Baharu

04/06/2024
1

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd