• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bapa Ayam’ Bakal Doktor Dan Rakan Dipenjara Lagi

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua ‘bapa ayam’ termasuk seorang bakal doktor masing-masing dihukum penjara 10 tahun dengan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menjadi orang tengah bagi aktiviti persundalan yang dikendalikan menerusi aplikasi WeChat.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap siswazah perubatan sebuah universiti di Mesir, Khairul Azzuar Yusoff dan pekerja hotel, Mohyuddin Ahmad Fajarudin.

Mahkamah memerintahkan Khairul Azzuar, 30 dan Mohyuddin, 24, menjalani hukuman penjara itu selepas selesai menjalani hukuman penjara 14 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat lalu (23 Mac).

Fadzlin Suraya turut menasihati kedua-dua tertuduh supaya menjadi insan yang berguna selain mengharapkan hukuman yang diberikan dapat memberikan keinsafan kepada mereka.

“Masih belum terlambat untuk menjalani kehidupan yang baharu selepas ini, jadilah insan yang berguna untuk masyarakat,” kata Fadzlin Suraya.

Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah hotel di Subang Jaya, Januari tahun lalu.

Mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan itu mengikut Seksyen 372 (1)(f) dan Seksyen 372 A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Sementara itu di hadapan Hakim Mohd Kamil Nizam, Mohyuddin dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dari tarikh tangkapnya pada 7 Feb 2017 dan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan hidup hasil daripada aktiviti persundalan tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria memohon hukuman setimpal ke atas kedua-dua tertuduh dengan alasan tindakan keji kedua-duanya yang hidup hasil daripada aktiviti persundalan itu bertentangan dengan moral dan agama.

“Hukuman yang bakal dikenakan ini juga dapat memberi mesej kepada masyarakat bahawa tindakan mempromosikan seks menerusi media sosial adalah salah sama sekali dan bakal dikenakan hukuman yang berat,” katanya.

Rozaliana berkata meskipun mangsa dalam kes ini melakukan perbuatan itu secara sukarela, sekiranya tertuduh tidak memberikan peluang tersebut, aktiviti tidak bermoral berkenaan mungkin dapat dibendung.

Peguam Zulaikha Fardi yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman penjara dan sebatan yang paling minimum serta berjalan serentak dengan hukuman yang sedang berjalan.

“Ini kerana, kedua-dua tertuduh adalah pesalah muda dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau malah mereka telah insaf dengan perbuatan yang telah dilakukan dan sekiranya hukuman penjara tersebut berjalan secara berasingan, masa muda mereka mungkin akan disia-siakan begitu sahaja,” kata peguam itu.

Mengikut fakta kes, seorang pegawai polis telah menyamar sebagai pelanggan menerusi aplikasi WeChat yang dikendalikan kedua-dua tertuduh menggunakan nama samaran Encik Nakal (Khairul Azzuar) dan Santiago (Mohyuddin) yang mengendalikan aktiviti pelacuran yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu.

Bertindak atas maklumat yang telah diberikan satu serbuan telah dilakukan yang menghasilkan rampasan dua unit telefon pintar yang digunakan untuk aktiviti tersebut. – BERNAMA

Tags: bapa ayam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bakal Doktor ‘Bapa Ayam’ Didakwa Di Mahkamah

16/01/2019
0

PENUNTUT perubatan tahun akhir di sebuah universiti awam di Kuala Terengganu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan muncikari atau menjadi bapa...

Bekas Peguam Jadi `Bapa Ayam Profesional’ Dipenjara

11/04/2018
0

JIJIK...kisah bekas peguam, Mark Henry Benavides, yang telah dipenjarakan selama 80 tahun pada minggu lalu kerana memaksa enam pelanggannya melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd