• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu, empat tahun lalu.

Muhamad Hafriz Alias, 30, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Mengikut dua pertuduhan utama, pegawai di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) itu didakwa telah mengemukakan dua invois palsu masing-masing berjumlah RM14,799 dan RM10,800 bagi tuntutan kerja membina dan menaik taraf laman sesawang bagi program Tunas Niaga dan Tabung Penyelenggaraan Website Protune yang jumlah sebenarnya adalah sebanyak RM7,299 dan RM5,400.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat PKNNS, Seremban pada 2 Sept 2014 dan 2 Mac 2015.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding sama, lelaki itu turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pilihan memperdayakan Harnisa Azrin Hakimi, 33, untuk menyerahkan wang berjumlah RM7,500 dan RM5,400 ke akaun CIMB miliknya menerusi transaksi sistem perbankan elektronik CIMB Clicks milik Aniz Web Solutions antara Februari hingga 4 Okt 2014 dan Februari hingga 16 Mac 2015 di pejabat PKNNS, Seremban.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurdiyanah Mohd Nawawi dan Pegawai Pendakwa SPRM Karmila Mokhtar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan itu dan menetapkan 2 Mei untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar wang jaminan. – BERNAMA

Tags: Penjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd