• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamidin Calon Terbaik Presiden FAM – KJ

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai calon sesuai selaku pemimpin nombor satu FAM yang kini kosong ekoran peletakan jawatan Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pada Ahad lepas.

Khairy berkata Hamidin adalah individu paling layak ​​​​kerana menepati beberapa ciri yang diperlukan untuk memegang jawatan berkenaan dalam badan induk bola sepak negara itu.

“Saya nampak beliau (Hamidin) layak dan berpengalaman serta mempunyai jaringan yang baik dalam dunia bola sepak. Ini secara peribadi, tetapi terpulang kepada anggota gabungan FAM termasuk persatuan bola sepak negeri untuk memilih.

“Presiden FAM dipilih melalui pemilihan. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri juga layak dan terpulang kepada anggota gabungan. Tetapi, untuk menjadi presiden FAM harus ada pengalaman di peringkat kebangsaan, negeri dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis meletak batu asas Projek Pembinaan Kompleks Velodrom Berbasikal Daerah Dungun di Kampung Balai Besar, dekat sini, semalam.

Selepas melepaskan jawatan secara rasmi sebagai Presiden FAM pada Ahad lepas, Tunku Ismail berkata Hamidin sebagai individu paling layak menerajui FAM bagi menggantikan tempat baginda.

Mengulas lanjut, Khairy berkata Hamidin juga mempunyai pengalaman dalam aspek pengurusan ketika menerajui Persatuan Bola Sepak Selangor.

“Saya sarankan FAM adakan pemilihan secepat mungkin kerana kita tidak mahu tempoh ketiadaan presiden itu dalam waktu yang lama. Mungkin yang ada sekarang boleh menjalankan tugas..tetapi saya harap soal kepimpinan sukan nombor satu di Malaysia ini dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.

Ia turut diserikan dengan kehadiran dua pelumba basikal negara kelahiran Terengganu, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa. – BERNAMA

Tags: FAM Datuk Hamidin Mohd Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAM Buat Laporan Polis Isu Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan Harimau Malaya

FAM Buat Laporan Polis Isu Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan Harimau Malaya

23/12/2025
0

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membuat laporan polis susulan penemuan serius membabitkan isu pemberian kewarganegaraan dan pemalsuan...

Tiada Kuasa Hukum Pasukan Enggan Lepas Pemain – FAM

07/07/2017
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana pasukan yang enggan melepaskan pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd