• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Mengumpulkan Penentang Islam

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “PAS tidak bersama Pakatan Harapan (PH) yang mengumpulkan semua jenis yang nyata menentang Islam,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata beliau, PAS juga tidak boleh bersama dengan Pakatan Harapan kerana gabungan parti pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja tanpa sempadan akhlak dan dasar mempertahankan negara.

“Semua yang menolak Islam tidak boleh bersama PAS, walaupun paling cerdik ilmunya sehingga mengatasi akal atau paling lama pengalamannya sehingga bertongkat dagu ke bumi.

“PAS berpegang kepada konsep maaf dan taubat terhadap semua dan mengutamakan keamanan dan perdamaian,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Barisan pimpinan PAS terutama Abdul Hadi ketika ini sedang diserang hebat oleh Pakatan Harapan gara-gara enggan menyertai gabungan pembangkang diketuai DAP tersebut.

Walaupun Pakatan Harapan diketuai DAP, namun parti itu kini dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dipergunakan untuk memancing undi Melayu buat pembangkang.

“PAS teguh beristiqamah bersama Islam dan tetap menolak sesiapa yang menolak Islam walaupun orangnya paling cerdik, kerana cerdiknya tidak boleh ditumpang dan bodohnya tidak boleh berkira,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Abdul Hadi Awangpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd