• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datin Cederakan Pembantu Rumah Dipenjara 8 Tahun

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bon berkelakuan baik, hukuman bagi ‘Datin’ yang mencederakan pembantu rumahnya sebelum ini diketepikan Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan menggantikannya dengan hukuman penjara lapan tahun.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman itu ke atas Datin Rozita Mohamad Ali, 44, selepas mengetepikan bon berkelakuan baik selama lima tahun yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 15 Mac lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah berpendapat bon berkelakuan baik yang dikenakan ke atas tertuduh adalah tidak wajar.

Hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini selepas mahkamah turut menolak permohonan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Pada 15 Mac lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik itu dengan jaminan RM20,000 terhadap Rozita selepas wanita itu menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap warga Indonesia Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau, sebatang mop, sekaki payung, sebatang besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju sebagai senjata untuk menyerang.

Kesalahan yang membolehkan wanita berkenaan dipenjara maksimum 20 tahun dan denda itu, didakwa dilakukan di sebuah rumah, di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, antara 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

Keputusan Mahkamah Sesyen terhadap kes itu sebelum ini menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak termasuk dalam kalangan pengamal undang-undang yang menyifatkan hukuman dikenakan terlalu ringan.

Susulan itu, pihak pendakwaan memohon semakan terhadap hukuman bon tersebut.

Rozita sebelum ini dibicarakan atas tuduhan asal iaitu cubaan membunuh Suyanti mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika cedera dan seumur hidup jika menyebabkan kematian, jika sabit kesalahan.

Tertuduh kemudian menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaanu, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 9 Mei tahun lepas. – BERNAMA

Tags: DatinKes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

02/06/2023
0

KANGAR: Pasangan suami isteri ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kes mendera seorang wanita mualaf warga emas sehingga meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd