• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki, Rampas Dadah Di Pendang

oleh Ahmad Albab
29/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Polis menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah dadah bernilai RM2,150 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sawa Besar, Jalan Sungai Tiang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata suspek berusia 31 tahun dan masih bujang itu ditahan pada pukul 6 petang di hadapan rumah berkenaan membawa bersamanya bahan terlarang itu dipercayai untuk dijual.

“Operasi dilakukan sepasukan empat anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berdasarkan maklumat dan risikan selama lebih kurang dua bulan berhubung kegiatan lelaki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadzil berkata hasil pemeriksaan ke atas lelaki itu polis menjumpai empat paket plastik lutsinar dan empat keratan straw lutsinar panjang berisi serbuk putih disyaki heroin seberat 70.30 gram bernilai RM2,000 serta satu paket lutsinar berisi serbuk hablur jernih dipercayai syabu dengan berat 1.13 gram berjumlah RM150.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga penggangur mendapatkan bekalan di luar daerah ini sebelum membungkus dan mengedarkannya kepada penagih di sekitar daerah Pendang,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang turut positif dadah dalam ujian saringan urinnya itu mempunyai rekod jenayah lampau iaitu pernah ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952.

Katanya sebuah motosikal jenis Honda EX5 turut disita manakala lelaki itu dibawa ke IPD Pendang untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd