• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian 2 Beranak Kejadian Tidak Dapat Dielak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mahkamah Koroner di sini hari ini, memutuskan kematian dua beranak semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 sebagai kejadian yang tidak dapat dielakkan.

Koroner Dazuki Ali berkata penganjur perlumbaan iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merancang perlumbaan dengan baik walaupun terdapat perubahan lokasi dan arah laluan perlumbaan di litar baharu di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini.

“Pihak yang terlibat telah mematuhi standard dan piawaian yang ditetapkan dalam penganjuran perlumbaan serta mengambil langkah sewajarnya dalam aspek keselamatan termasuk keselamatan pelumba.

“Ini boleh dilihat daripada pemeriksaan yang diadakan dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kekurangan, langkah untuk meningkatkan keselamatan diambil,” katanya semasa membaca penghakiman ringkasnya.

Dazuki juga memutuskan kematian Izwan Isa, 39, pada 12.20 tengah hari, 25 Sept 2016 dan anak bongsunya Nur Zulaikha, 5, pada 2.20 petang hari sama di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini adalah akibat kemalangan jalan raya.

Sebelum ini, prosiding inkues diberitahu kemalangan itu juga menyebabkan isteri mangsa, Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Iz Danial, 7, cedera.

Dazuki menambah Izwan yang merupakan penyelia kilang mengalami kecederaan parah di dada termasuk patah banyak tulang rusuk sehingga berlaku lebam yang teruk dan koyakan di paru-paru.

Nur Zulaikha mengalami kecederaan parah di kepala seperti retak tulang tengkorak dan pendarahan otak yang menyebabkan bahagian itu bengkak sehingga menghalang aliran darah sehingga menyebabkan kematian.

“Mengenai bagaimana mereka menemui ajal, saya mendapati mereka dilanggar jentera go-kart bernombor 27 yang terbabas ke kanan litar sebelum melanggar penghadang air selepas bergesel dengan go-kart bernombor 22 dan nombor 33,” katanya.

Keterangan sebelum ini mengesahkan pemandu go-kart bernombor 27 ialah Azril Ba’ith Razak, 25, mewakili Universiti Multimedia Melaka, manakala go-kart nombor 22 dipandu Ahmad Saifuddin Mahamud, 23, (Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu) dan nombor 33 dipandu Mohd Rashid Safuan Mohd Sopie, 19, (Politeknik Muadzam Shah).

Dazuki membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan 20 saksi inkues sejak prosiding bermula 11 Dis tahun lalu.

Prosiding inkues itu dibantu Timbalan Pendakwa Raya Wahida Zainal Abidin, peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku penganjur, Che Ariffin Mohd Ali (wakil keluarga mangsa), Mohd Syahril Daud (Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM)) Juliana Abu Bakar dan Rosmah Rosli (Majlis Perbandaran Kuantan) dan Ahmad Hazwan Hamdan (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser). – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd