• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beckham Bantu Tangani Buli Di Indonesia

oleh Ahmad Albab
29/03/2018
dalam Artis, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Legenda bola sepak dunia, David Beckham, mengunjung Indonesia bagi memantau perkembangan badan kebajikan diasaskannya, 7 Fund, memerangi kes buli di negara yang menyaksikan satu dalam tiga pelajar diserang secara fizikal di sekolah.

Bekas ketua pasukan bola sepak England itu melancarkan dana untuk melindungi remaja paling lemah dunia pada 2015 dengan agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

“Saya amat bangga melihat bagaimana 7 Fund membantu UNICEF menangani kes buli dan keganasan di sekolah di Indonesia, dan memastikan kanak-kanak terutama perempuan, selamat di sekolah supaya mereka boleh meneruskan pendidikan,” katanya.

UNICEF melaporkan, buli dan keganasan adalah antara kebimbangan terbesar bagi remaja di Indonesia, dengan lebih satu dalam setiap lima golongan itu yang berusia 13 hingga 15 tahun atau 18 juta pelajar menghadapinya, membawa kepada masalah kesihatan mental dan keciciran sekolah.

7 Fund mengajar kanak-kanak yang pernah dibuli dan bekas pembuli supaya mendidik orang lain serta melatih guru supaya memastikan kanak-kanak selamat.

Kes buli berkurangan hampir satu pertiga dalam kalangan 7,000 kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam program awal.

“Saya menghabiskan masa dengan seorang gadis menakjubkan, Sripun, yang diundi rakan sebayanya untuk mengambil bahagian dalam program anti buli untuk membantu menghentikan keganasan di sekolah.

“Ini meningkatkan keyakinannya dan beliau berharap pelajar lain tidak menghadapi pengalaman dibuli seperti dialaminya,” kata Beckham.

Dana itu, yang dinamakan sempena nombor bertuah yang dipakainya ketika mewakili England dan Manchester United, memberi tumpuan kepada kanak-kanak yang berisiko berhadapan keganasan, penderaan dan penyakit.

Beckham, bapa kepada empat anak, berkata beliau berharap anaknya akan berbangga dengan 7 Fund, yang juga mempunyai projek di Nepal, Uganda dan El Salvador. – Reuters/BH ONLINE

Tags: buliDavid Beckham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

17/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang ibu mendakwa anak perempuannya, pelajar institusi pendidikan di bawah sebuah agensi agama dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

27/08/2025
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd