• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Restoran Didakwa Hantar Bahan Lucah

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang pengurus restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan menganiaya seorang wanita dengan menghantar bahan lucah kepada wanita itu menerusi aplikasi di internet kira-kira tiga tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Khairul Abidin Abdul Rahim, 34, dituduh menggunakan aplikasi “webpress” menghantar bahan lucah itu di sebuah rumah di Chendering, dekat sini pada 3 petang, 16 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh dituduh mengulangi perbuatan sama pada 4 dan 7 Julai 2015 dengan menggunakan aplikasi blogspot di tempat sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan boleh dihukum di bawah akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 April depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mohd Sophian Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulfaqar Al Basysyar Saharuddin. – BERNAMA

Tags: gambar lucahpengurus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

Pesara Wanita Rugi RM730,000 Terpedaya Pelaburan Tak Wujud

Peniaga Didenda RM3,000, Miliki Gambar Lucah Dalam Komputer Riba, Telefon Bimbit

29/12/2023
0

Kuala Lumpur: Padah memiliki gambar lucah dalam komputer riba dan telefon bimbit, seorang penjual baju atas talian didenda RM3,000 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd