• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Sim Bantu Warga Emas Alami Sesak Nafas

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Majlis pecah tanah kilang pembuatan panel sistem pembinaan modular di sini pagi ini gempar apabila seorang warga emas mengalami sesak nafas.

Mangsa seorang warga emas dari Kampung Sejingkat di sini mengalami sesak nafas ketika menghadiri majlis pecah tanah di tapak projek di kawasan perindustrian Demak Laut/Sejingkat yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu dalam kejadian kira-kira 10.40 pagi itu keadaan mangsa yang mengalami kesukaran untuk bernafas disedari isterinya sebelum bertindak meminta bantuan orang ramai.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa Datuk Dr Sim Kui Hian yang ketika itu baru berucap kira-kira dua minit bertindak pantas meninggal pentas utama untuk membantu mangsa.

Turut sama membantu mangsa ialah ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, bekas ADUN Demak Laut Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, dua jurufoto dari The Star dan Utusan Sarawak serta orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.

Kui Hian dibantu Dr Hazland bertindak memeriksa keadaan serta denyutan nadi mangsa sebelum warga emas tersebut dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Selepas membantu mangsa, Kui Hian kembali ke pentas untuk meneruskan ucapan.

Abang Johari yang berucap selepas itu memuji tindakan pantas Kui Hian sambil menyifatkan Presiden SUPP itu sebagai seorang pemimpin yang mementingkan rakyat dengan segera berhenti berucap bagi menghulurkan bantuan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Datuk Dr Sim Kui Hianwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd