• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Naikkan Bantuan Khas Pesawah Jika Menang PRU14

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERLUN – Pesawah-pesawah di seluruh negara bakal menerima berita gembira apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan kenaikan bantuan khas pesawah jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Najib berkata beliau akan terus membuat pengumuman itu pada malam kemenangan BN bagi menghargai sokongan penuh golongan berkenaan kepada kerajaan sedia ada.

“Seandainya kerajaan BN diberikan sokongan sepenuhnya dalam pilihan raya umum akan datang, malam kemenangan itu, saya umum kenaikan khas kepada pesawah padi. Malam itu juga saya akan umum kepada pesawah.

“Terpulanglah kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk membuat keputusan bijak, hang pa kerja baik-baik, akan ada rezeki tambahan,” katanya ketika berucap melancarkan bantuan khas pesawah peringkat kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok, Alor Biak di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz.

Perdana menteri berkata golongan pesawah tetap mendapat perhatian istimewa kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pengeluaran padi negara.

“Saya ingin tekankan bahawa pesawah padi merupakan golongan yang mesti kita hargai sumbangan mereka. Kita mesti memahami jerih payah keringat yang dicurahkan mereka sebagai pesawah padi,” kata beliau.

Najib berkata antara usaha kerajaan membantu pesawah adalah dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM2.7 bilion bagi tempoh 2011 hingga 2020 untuk membangunkan sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

“Matlamat kita adalah untuk mencapai keluaran lapan tan setiap hektar berbanding sebelum ini sekitar 6.19 tan setiap hektar. Sekiranya kita dapat capai matlamat ini, pendapatan per kapita keluarga pesawah akan meningkat RM48,000 setahun. Ini matlamat kita untuk kawasan Mada,” katanya.

Perdana menteri berkata semua bantuan yang diberikan kepada pesawah adalah sangat berbaloi dan sememangnya patut dilakukan kerajaan kerana mereka adalah golongan yang bekerja kuat.

Najib berkata tahun ini, kerajaan menyediakan peruntukan RM1.69 bilion untuk subsidi dan insentif pesawah di seluruh negara.

Pada majlis itu, perdana menteri turut melancarkan bantuan khas sebanyak RM200 sebulan selama tiga bulan untuk pesawah di seluruh negara.

Bayaran khas sebanyak RM600 itu sebagai usaha meringankan beban kewangan pesawah sementara menunggu hasil tuaian padi masing-masing.

Bantuan itu diberikan secara ‘one-off’ kepada 325,518 pesawah di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: PesawahPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Hampir 130,000 Pesawah Terima Bantuan Tunai, Insentif Pembajakan, Penuaian

Hampir 130,000 Pesawah Terima Bantuan Tunai, Insentif Pembajakan, Penuaian

11/06/2024
0

PUTRAJAYA - Hampir 130,000 pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim menerusi kenaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd