• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesihatan Membimbangkan, Bob Lokman Mohon Doa

oleh
27/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul… Pelakon dan pelawak Bob Lokman kini sedang mengumpul kekuatan baginya meneruskan kehidupan selepas mempunyai masalah jantung bengkak dan paru-paru berair.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 54, memaklumkan kepada pengikutnya bahawa kesihatannya semakin menurun dan dia berasakan kehidupannya kini tak lagi seperti dahulu.

“Assalamualaikum Sahabat. Aku jumpa doktor lagi hari ni, rutin seorang tua. Selepas segala kegembiraan dan kesedapan aku lalui, standard sudah berubah.

“Selera makanan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu… Kau fahamlah. Cuma masih ada rasa untuk mencari peluang terbaik seterusnya,” tulisnya di status yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya pada petang semalam.

Baca: Bob Lokman Dikejarkan Ke Hospital Masalah Jantung

Januari lalu, penulis lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search itu pernah ditahan di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh kerana mengalami masalah jantung bengkak dan paru-paru berair.

Dalam masa yang sama, Bob turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang pernah membantunya sebelum ini.

Malah pelakon filem Sekali Lagi itu juga sempat berpesan kepada semua umat islam supaya mempertahankan kesucian agama Islam.

“Sahabat, terima kasih atas segala bantu dan aku membalas dengan mohon hembuskan aku ke syurga dengan doamu jika namaku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz.

“Dan aku berpesan dalam kelemahan… pertahankanlah Islam… kerana itulah benteng terakhir yang aku perjuangkan,” ujarnya lagi.

Para peminat yang tersentuh dengan kata-kata pelakon dan pendakwah itu turut meninggalkan ucapan doa buatnya agar sentiasa kuat demi melawan penyakit yang sedang dihidapinya kini.

Selepas berita tentang kemasukannya ke wad pada awal tahun ini, dia telah menerima beberapa bantuan kewangan daripada pelbagai pihak termasuk saudara mara dan teman rapat.

Selain itu, pendapatannya yang diterima sepanjang menjadi penceramah program motivasi turut telah digunakan bagi menyara keluarganya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Bob LokmanNetizensakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd