• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Didakwa Cuai Punca 300 Lembu Mati

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIRA-KIRA 300 ekor lembu ditemukan mati dalam longgokan setinggi tiga meter di terusan di Ladang Arcata Bottoms ketika serbuan bersepadu dilakukan pada minggu lalu, disahkan oleh Pejabat Polis Daerah Humboldt, California di Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Ternakan pejabat polis itu, Deputi Travis Mendes menyifatkan insiden itu jarang berlaku.

“Angka bangkai lembu ini sangat ketara,” katanya.

Raymond Christie, 54, ditahan di Jalan Ladang Jackson pada 19 Mac kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap haiwan, gagal menyediakan penjagaan sewajarnya kepada haiwan tersebut dan penghapusan bangkai kira-kira 45 meter dari terusan negeri.

Pakar maklumat awam polis, Samantha Karges berkata, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan.

“Dia (Christie) mungkin akan berdepan tuduhan tambahan,” kata Karges.

Christie dimasukkan ke lokap pada 19 Mac dan dibebaskan sehari kemudian selepas membayar wang jaminan sebanyak $25,000 (RM97,212).

Kerajaan negeri bertindak mengasingkan sebanyak 179 lembu dari ladang tersebut buat sementara waktu sehingga kes itu selesai.

Pengurus Besar Daerah Perbandaran Humboldt Bay, John Friedenbach berkata, air minuman yang disalurkan daripada pam air yang terletak beberapa kilometer dari timur laut Essex tidak terjejas dengan sebarang pencemaran dari ladang tersebut. – Times Standard/mStar Online

Tags: LembuPenternak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

21/07/2025
0

RANTAU PANJANG: Sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand kini menggunakan taktik semakin licik termasuk menyeludup dadah menggunakan...

Lembu Korban Jatuh Perigi

Lembu Korban Jatuh Perigi

08/06/2025
0

KOTA BHARU: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd