• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IWK Mohon Maaf, Tersalah Hantar Surat Peguam

oleh AK-47
26/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHILAF… Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. memohon maaf susulan kecuaian syarikat itu baru-baru ini mengeluarkan surat tuntutan mahkamah terhadap sebuah agensi pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Faizal Othman berkata, siasatan terperinci telah dilakukan dan pihaknya telah menarik balik tuntutan mahkamah dikenakan terhadap syarikat pelancongan  Five Estec Travel Services (FETSSB) Sdn. Bhd.

“Mengenai aduan FETSSB, IWK memohon maaf di atas kesulitan dan mengambil perkara ini secara serius.

“Kami ingin menyakinkan pelanggan bahawa IWK sentiasa memastikan sistem maklumat pelanggan kami tepat dan akan pastikan prosedur sentiasa diperketatkan supaya perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

“Selaku syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali dan menyelenggara sistem pembetungan awam di negara ini, IWK sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti demi keselesaan pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Difahamkan, kesilapan bil tertungak berjumlah RM3,899.48 yang dikenakan ke atas FETSSB dipercayai berpunca akibat daripada kecuaian kakitangannya IWK yang gagal melakukan semakan alamat syarikat.

Ekoran itu Mynewshub menerbitkan artikel bertajuk “IWK ‘Hargai’ Pelanggan Hantar Surat Peguam?” sebagai huraian mengenai kesilapan syarikat itu yang tanpa berlengah terus memberikan ‘hukuman’ kepada pihak tidak bersalah.

Baca: IWK ‘Hargai’ Pelanggan Hantar Surat Peguam?

Dalam surat peguam yang dikeluarkan melalui firma guaman Arifin And Partners itu juga meminta wakil agensi pelancongan itu untuk menghadirkan diri ke mahkamah pada 3 April bagi pengurusan kes. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Five Estec Travels ServicesIndah Water Konsortium
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ke Taiwan Dengan Mira Filzah Bila Keadaan Tenang

14/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Sudah semestinya melancong ke luar negara adalah perkara paling akhir atau langsung tiada dalam pemikiran anda buat...

Ke Taiwan Dengan Serendah RM2,000

14/04/2020
0

TERINGIN ke Taiwan? Namun tidak ada bajet yang besar? Sekarang anda tidak perlu risau. Five Estec Travel Services Sdn. Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd