• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT Perlu Capai 250,000 Penumpang Sehari

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Transit Aliran Massa (MRT) memerlukan jangkauan sekurang-kurangnya 250,000 penumpang sehari untuk mencatat pulangan modal, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Bagaimanapun, jelasnya projek MRT merupakan projek jangka panjang dan bukanlah sebuah projek yang boleh memperoleh pulangan pelaburan dan pulangan modal dalam masa yang singkat.

“Setakat ini, kita telah pun mencapai antara 130,000 hingga 140,000 penumpang sehari. Kita menjangkakan, apabila projek MRT, projek perumahan dan komersial telah siap sepenuhnya, kita akan dapat mencapai hasrat dan sasaran untuk ‘breakeven’ (mencatat pulangan modal).

“Ketika ini, terdapat enam stesen yang belum diguna pakai sepenuhnya iaitu Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kampung Selamat, Sungai Buloh, TRX dan Merdeka 118 kerana projek-projek tersebut masih belum siap sepenuhnya,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang ingin tahu punca pendapatan MRT untuk menanggung kos keseluruhan projek pembinaan MRT.

Othman turut menjelaskan bahawa kos keseluruhan projek pembinaan MRT laluan 1, 2 dan 3 mencecah sehingga RM100 bilion.

Mengenai tujuan pembiayaan projek tersebut, beliau berkata: “Kita telah menggunakan pinjaman sukuk dalam tempoh antara tujuh hingga 30 tahun dengan kadar antara 3.62 peratus hingga 5.51 peratus.” – BERNAMA

Tags: Datuk Othman AzizMRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd