• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daesh: 2 Pengawal Keselamatan Didakwa

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua pengawal keselamatan dan seorang juruteknik di syarikat telekomunikasi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan terlibat dengan kegiatan militan Daesh antara Disember tahun lepas dan Februari tahun ini.

Tertuduh, Mohd Zaki Ibrahim, 49, didakwa memiliki video-video yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh dalam sebuah telefon bimbit jenis Samsung SM-G900F dan sebuah tablet Samsung SM-T535 miliknya pada 27 Feb 2018.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bilik pegawai Tenaga Nasional Berhad, Pencawang TNB PPU, Jalan Permas 3/ 4 Bandar Baru Permas, di sini, kira-kira 12.30 tengah hari.

Bagi pertuduhan itu, Mohd Zaki didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan (KK) (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 130JB (1) kanun sama iaitu penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut.

Bagi dua tertuduh lain iaitu Nik Muhamad Zaini Nik Hassan, 37, dan Ismadi Md Nor @ Ismail, 30, pula, mereka didakwa secara bersama terlibat dalam persediaan untuk menyerang sebuah bangunan beralamat di Nombor 1, Jalan Abu Bakar di sini.

Perbuatan itu dilakukan di Seri Tomyam, Majidee Corner, Jalan Kemboja, Kampung Dato Sulaiman Menteri pada 11 Dis 2017 sehingga 31 Jan lepas.

Berikutan itu,kedua-duanya melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 130JD(1) KK (Akta 574) yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun dan juga dikenakan denda.

Kesemua pertuduhan difahami ketiga-tiga tertuduh ketika dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Ketiga-tiga tertuduh juga tidak dibenarkan jaminan kerana melibatkan kesalahan keselamatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putrajaya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kamarudin menetapkan 26 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik dan juga laporan pakar keganasan daripada pihak pendakwaan. – BERNAMA

Tags: Daeshpengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd