• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Maklumat Dera Kanak-Kanak Atau Dihukum

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga kumpulan individu yang mempunyai maklumat mengenai penderaan kanak-kanak diingatkan melaporkannya kepada pihak berkuasa atau berdepan hukuman penjara dan denda jika gagal berbuat demikian, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Azizah berkata kewajipan tersebut terkandung dalam Akta Kanak-Kanak 2001 melibatkan individu yang terdiri daripada pegawai perubatan berdaftar, anggota keluarga dan pengasuh kanak-kanak.

Katanya mengikut pindaan akta itu, di bawah Seksyen 27, 28 dan 29 seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, mana-mana anggota keluarga dan seseorang pengasuh kanak-kanak atas alasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pihak berkaitan.

“Jika mereka ini gagal melaporkan, maka boleh diambil tindakan apabila disabitkan boleh dihukum penjara atau denda (didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya),” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) yang mahu tahu saluran yang boleh digunakan kepada individu seperti guru, doktor atau pengasuh untuk melaporkan kes-kes penderaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa.

Azizah berkata orang awam yang mengetahui mengenai insiden penderaan kanak-kanak juga diminta menunaikan tanggungjawab sosial mereka melaporkan sebarang penderaan kanak-kanak sama ada melalui talian NUR, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pihak polis walaupun mereka tidak diwajibkan berbuat demikian.

Menjawab soalan asal Abd Aziz mengenai jumlah kes penderaan kanak-kanak dan rogol bawah umur, Azizah berkata dari tahun 2015 hingga 2017 sebanyak 1,107 kes penderaan kanak-kanak.

Katanya, ia menunjukkan peningkatan kes iaitu sebanyak 329 pada 2015, 349 pada tahun 2016 dan 429 kes tahun lalu yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi kes rogol bawah umur, sebanyak 7,379 kes yang direkodkan PDRM bagi tempoh sama yang menunjukkan penurunan kes iaitu sebanyak 2,704 kes pada tahun 2015, pada 2016 (2,453 kes) dan 2,222 kes pada tahun lalu. – BERNAMA

Tags: Azizah Mohd DunKes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

02/06/2023
0

KANGAR: Pasangan suami isteri ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kes mendera seorang wanita mualaf warga emas sehingga meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd