• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Tidak Mahu Didik Anak Jadi Selebriti

oleh Haris
26/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HASRAT orang ramai yang mahu menyaksikan anak penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin untuk mengikuti jejak langkahnya menjadi penyanyi nampaknya tidak akan menjadi kenyataan.

Ini merupakan kehendak Siti sendiri yang tidak mahu anak sulungnya yang diberikan nama Siti Aafiyah itu menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti.

Sebaliknya, penyanyi berusia 39 tahun itu berharap bayinya yang berusia lapan hari itu dapat dibesarkan mengikut perkembangan biasa seperti kanak-kanak lain.

“Saya tak mahu didik anak saya fokus menjadi seorang selebriti, saya nak dia hidup secara normal dan go with the flow.

“Kalau ada rezeki untuk dia pada masa akan datang, saya akan berbincang dengan suami dahulu, kalau suami kata tak perlu, saya tak buat.

“Apa yang kami minta hanya tujuh hari itu sahaja untuk kami umumkan sendiri namanya, selepas ini tiada yang eksklusif,” katanya memetik portal mStar Online.

Malam tadi, Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K mengumumkan nama anak perempuan mereka dalam satu majlis akikah dan tahnik yang diketuai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Majlis berkenaan diadakan di kediaman Siti dan Datuk K yang terletak di Bukit Antarabangsa, Selangor yang turut dihadiri tetamu undangan mereka.

Melihat situasi sekeliling di mana kebanyakan artis mewujudkan akaun media sosial Instagram buat anak mereka, Siti berkata bahawa dia belum memikirkan tentang perkara itu.

Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Mar 25, 2018 at 3:30am PDT

“Berkaitan Instagram saya tidak fikir lagi, tapi saya kena fikir dan dalam masa yang sama saya mahu dia jalani kehidupan secara normal.

“Sebelum ini memang sudah banyak Instagram palsu yang menggunakan namanya, namun saya yakin peminat-peminat tidak percaya selagi saya tidak umumkan sendiri,” katanya.

Buat masa ini jelas Siti, gambar-gambar anaknya itu akan dimuat naik ke laman Instagram miliknya yang menggunakan nama @ctdk.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai populariti yang diraih anaknya walaupun baru seminggu dilahirkan, Siti berkata perhatian diterima anaknya itu merupakan tempias daripada penantiannya untuk bergelar ibu selepas 11 tahun berkahwin.

Memandangkan statusnya sebagai penyanyi terkenal tanah air menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat lari dari tempias populariti ibunya.

“Dia popular sebab terkena tempias ibunya seorang penyanyi. Mungkin sebab terlalu lama peminat menantikan detik ini.

“Penantian itu sendiri membuatkan dia (Aafiyah) menjadi perkara yang paling istimewa,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Datuk Seri Siti NurhalizaSiti Aafiyah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4,358 Akaun Media Sosial Palsu Diambil Tindakan

Next Post

37 Maut Dalam Kebakaran Pusat Beli-Belah Di Rusia

Related Posts

Siti Nurhaliza Paling Ramai Pengikut IG Di Malaysia

31/01/2019
0

HEBAT... Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kini menjadi individu dengan jumlah pengikut Instagram terbanyak di Malaysia....

Siti Rai Ulang Tahun Ke-40 Dengan Konsert 4 Negara

11/01/2019
0

HEBAT... Ratu Pop Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyambut hari kelahirannya yang genap ke-40 pada hari ini. Penyanyi yang...

Next Post

37 Maut Dalam Kebakaran Pusat Beli-Belah Di Rusia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd