• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerosakan Jalan Raya Di Semenanjung Bernilai RM660 Juta

oleh Ahmad Albab
24/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerosakan jalan raya akibat banjir di Semenanjung dianggarkan berjumlah RM660 juta selain kerosakan lebih kurang 215 cerun yang memerlukan kos yang sangat besar untuk dibaik pulih, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata kos untuk membaik pulih jalan dan jambatan pula dianggarkan berjumlah RM1.09 bilion yang RM9.5 juta sudah diperuntukkan untuk tindakan segera seperti membina jalan alternatif di laluan yang terputus akibat cerun dan tanah runtuh.

“Jumlah itu hanya untuk kos infrastruktur awam seperti jalan raya dan jambatan, bukan melibatkan baik pulih bangunan rosak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan simposium usahawan belia bumiputera Sarawak 2015 di sini hari ini.

Beliau berkata hanya Jalan Loging dan Jalan Air Kenyir di Terengganu yang masih belum dapat dilalui kenderaan berikutan jalan alternatif sedang giat dibina dan dijangka siap penghujung bulan ini.

Di Sabah, jalan negeri yang terputus disebabkan runtuhan tanah juga banyak dan setakat ini bilangan serta nilai kerosakannya masih belum dapat dipastikan, katanya.

“Kita akan tangani masalah ini di Sabah dan Sarawak mengikut keutamaan seperti dilakukan di Semenanjung. Keutamaan pertama ialah membaiki jalan yang putus langsung dan tiada jalan alternatif.

“Kedua membina laluan alternatif atau laluan sementara, sebelum baik pulih dilakukan,” kata Fadilah.

Beliau berkata di Sarawak, kementeriannya masih menunggu hasil laporan dan penilaian daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan keutamaan akan diberi untuk jalan yang terputus seperti Jalan Puncak Borneo dan beberapa jalan di Limbang serta Lawas.

Katanya JKR Sarawak dan Jabatan Saliran dan Perparitan akan mengenal pasti jalan yang perlu dinaik ketinggiannya misalnya di Limbang yang menyebabkan penduduk terputus hubungan akibat jalan dinaiki air banjir pada paras tinggi.

“Kajian dan cadangan berkenaan akan saya bawa kepada kerajaan persekutuan untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Fadilah berkata menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan menerusi JKR Malaysia untuk membaik pulih jalan dan jambatan persekutuan yang rosak, tetapi akan membantu dari segi peruntukan untuk kos pembaikan jalan dan jambatan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Sementara itu beliau berkata kerajaan persekutuan sudah bersetuju untuk membina semula secara percuma rumah yang rosak teruk atau dihanjutkan air di Semenanjung.

Katanya pembinaan sebahagian rumah berkenaan iaitu masing-masing lima buah di Kuala Lipis, Pahang dan Manik Urai, Kelantan akan bermula esok berikutan tapaknya sudah tersedia.

Menurut beliau, pihak kontraktor diberi tempoh 75 hari untuk menyiapkan rumah-rumah berkenaan.

Kerja pembinaan akan diberi kepada kontraktor kelas F dan E manakala pembinaan rumah teres diberi kepada kontraktor kelas B ke atas, katanya dan menambah keutamaan akan diberi kepada kontraktor tempatan.

Di Sarawak, Fadilah berkata kerosakan rumah tidak seteruk seperti di Semenanjung dengan hanya sebuah rumah sahaja di Kampung Segedup di sini yang rosak teruk berbanding 2,326 buah di Kelantan, lima di Terengganu, ratusan buah di Pahang dan puluhan rumah di Perak. – BERNAMA

Tags: Jalan RayaJKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd