• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian WP Beku Semua Perjalanan Ke Luar Negara

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua perjalanan ke luar negara bagi urusan kerja melibatkan petugas Kementerian Wilayah Persekutuan dan semua agensinya dibekukan berkuat kuasa Selasa lepas, kata menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, perjalanan ke luar negara masih dibenarkan bagi urusan kerja yang penting dan memerlukan tindakan segera sahaja, katanya.

Arahan tersebut adalah sebagai langkah berjimat berikutan keadaan ekonomi semasa negara, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan perjumpaan ‘Town Hall’ (sesi dialog dengan penduduk setempat) untuk kawasan Parlimen Setiawangsa di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini hari ini.

Lebih 500 penduduk kawasan tersebut menghadiri sesi selama dua jam itu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menyentuh mengenai sesi ‘town hall’ siri kedua itu, Tengku Adnan berkata antara isu yang dikemukakan ialah mengenai kemudahan awam, infrastruktur serta penyelenggaraan di kawasan perumahan terutama bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Selain itu, masalah parkir dan peranan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP, katanya.

Tengku Adnan berkata setiap masalah, aduan, cadangan serta isu yang diterima pada pejumpaan ‘town hall’ ini akan diselesaikan dalam tempoh masa singkat bagi menjamin keselesaan rakyat.

Mengenai MPP, beliau berkata ia diperkenalkan pada 2011 dan akan diperkasakan lagi melalui penganjuran kursus bagi mendedahkan anggota majlis itu tentang peranan mereka.

MPP merupakan suatu entiti yang dianggotai oleh masyarakat setempat bagi mendukung dan memantau pelaksanaan program-program kemasyarakatan dan modal insan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tengku Adan berkata siri ketiga perjumpaan ‘town hall’ akan diadakan di kawasan Parlimen Batu, Mac ini.

Selain DBKL, antara agensi dan jabatan lain terlibat dalam perjumpaan itu tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Alam Flora Sdn Bhd. – BERNAMA

Tags: kementerianTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Dah Pernah Laluinya” – Ahmad Idham Dakwa Tahu ‘Mainan Halus’ DAP

“Saya Dah Pernah Laluinya” – Ahmad Idham Dakwa Tahu ‘Mainan Halus’ DAP

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mendakwa terdapat ‘mainan halus’ yang dilakukan oleh DAP ketika menerajui...

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mempertahankan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd