• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Kekal Ketuai FMLLP, Dijenamakan Jadi MFL

oleh
25/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERALIH ANGIN…. Meskipun Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah meletak jawatan sebagai Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), baginda tetap komited memajukan sukan popular itu di negara ini!

Bahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) memaklumkan baginda masih lagi kekal sebagai Pengerusi Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) yang merupakan penganjur perlawanan liga tempatan itu sejak tahun lalu.

Lebih menarik lagi apabila Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim mengumumkan FMLLP dijenamakan semula dengan diberi nama baharu sebagai Malaysia Football League (MFL) selepas ini.

“Bermula hari ini tanggungjawab saya hanya sebagai Pengerusi MFL untuk dapatkan lebih dana, penajaan dan menjaga kepentingan kelab di negara. Untuk skuad kebangsaan, saya ucapkan selamat berjaya kepada FAM.

“Dan juga jawatankuasa tatatertib, pengadil semua itu saya tidak nak ambil tahu. Saya ucapkan terima kasih kepada yang percaya kepada saya. Pihak penaja dan semua sekali pasukan yang bertanding,” titah Tunku Ismail.

Baca: TMJ Sah Lepas Jawatan Presiden FAM

Baginda membuat kejutan itu sejurus memaklumkan peletakan jawatan sebagai Presiden FAM ketika sidang media selepas Majlis Kongres Kedua FMLLP di Forest City Phoenix Hotel di Gelang Patah, Johor Bahru pada Ahad.

“Di sini adalah surat perletakan jawatan saya sebagai presiden FAM. Allah peliharakan Sultan Negeri Johor,” jelas Tunku Ismail sambil menunjukkan surat perletakan jawatan secara rasmi genap kebetulan setahun menerajui FAM.

Perubahan nama tersebut dibuat selepas tiga hari Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) turut menjenamakan liga profesional republik itu yang sudah pun berusia 22 tahun daripada Liga S kepada Liga Perdana Singapura (SPL).

Ia menyaksikan lebih banyak kelab termasuk Brunei mendapat peluang beraksi dalam perlawanan liga di Stadium Negara sebagai sebahagian daripada kerjasama FAS dengan Hab Sukan Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMFMLLPTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

09/04/2026
0

JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd