• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerak Kerja Berterusan Tentukan Kemenangan BN

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Pelaksanaan gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN) yang berterusan mampu menentukan kemenangan di Parlimen Kepala Batas sekali gus mempertahankan kerusi parlimen itu dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata walaupun Parlimen Kepala Batas boleh dikatakan sebagai kubu kuat BN, namun ia bukanlah satu kelebihan untuk jentera parti ambil mudah pada kemampuan parti lawan.

“Apa yang lebih penting adalah jentera parti (perlu) sentiasa bekerja, turun ke bawah (padang) bertemu dengan rakyat, meneruskan khidmat biar (sehingga) keterasaan rakyat terhadap kehadiran kita ini berterusan sampai bila-bila,” katanya pada sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya MyPPP Bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.

Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata keagresifan seseorang pemimpin di satu kawasan itu dapat diukur dengan khidmat yang diberikan sehingga mampu memperoleh kepercayaan tidak berbelah bahagi daripada rakyat selain sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam memberi khidmat kepada mereka.

“Di Kepala Batas, amalan kita adalah kita sentiasa turun padang untuk mengambil hati rakyat. Ini adalah satu perkara yang dilakukan secara istiqamah…apabila ditanya soal keyakinan (menang kerusi), saya lebih meletakkan bahawa biar kita pilih bekerja kuat dan keterasaan rakyat terhadap kita berterusan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden MyPPP Datuk Loga Bala Mohan yang turut hadir pada majlis pelancaran itu berkata parti komponen BN itu telah bersedia dan akan memberikan sokongan padu kepada BN dalam memastikan kerusi Parlimen Kepala Batas dan tiga DUN Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal dipertahankan.

Beliau berkata MyPPP juga telah menganjurkan 66 program kebajikan dan kemasyarakatan di bawah program #challenge365 di Parlimen Kepala Batas pada tahun lepas.

“Di Kepala Batas, MyPPP ada melakukan banyak program kebajikan seperti melawat orang sakit, di samping memberi bantuan kepada orang miskin. Ini adalah program yang kami lakukan bukan hanya pada masa pilihan raya sebaliknya kami lakukan sepanjang tahun.

“Ini adalah satu daripada perkhidmatan yang kami beri kepada masyarakat di sini demi kebaikan BN itu sendiri,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13, Reezal Merican mendapat majoriti 4,176 undi dalam pertandingan satu lawan satu mengalahkan calon PAS Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden.

Bagi kerusi DUN Penaga, wakil rakyatnya Datuk Mohd Zain Ahmad mendapat majoriti 1,662 undi, DUN Bertam yang diwakili Shariful Azhar Othman (1,642) manakala DUN Pinang Tunggal wakil rakyatnya Datuk Roslan Saidin (1,587). – BERNAMA

*sekadar Video Hiasan..

Tags: BNDatuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd