• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR Kru Kapal Fokus Pada Permukaan Laut

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Operasi menyelam ke dalam kapal korek pasir yang terbalik bagi mencari dan menyelamat (SAR) kru kapal yang dipercayai terperangkap dihentikan hari ini memandangkan tiada penemuan mangsa.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata operasi membabitkan 70 penyelam itu terpaksa dihentikan setelah pencarian berulang kali dalam kapal berkenaan gagal menemui mangsa.

Bagaimanapun operasi SAR kini tertumpu di kawasan permukaan laut dengan bantuan helikopter untuk meninjau dari udara selain melibatkan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) yang akan melakukan koordinasi di kawasan perairan Indonesia.

“Operasi SAR kini diperluaskan ke 360 batu nautika persegi dari lokasi kejadian melibatkan pelbagai agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Laut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi Pos Kawalan SAR Pantai Leka di sini hari ini.

Setakat semalam, lima lelaki ditemui selamat manakala dua mayat masing-masing lelaki dan perempuan turut ditemukan, kesemua mereka disahkan kru kapal terlibat dan warga China.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Muar Dr Noorhaida Ujang berkata dua mayat yang dijumpai di luar kapal, juga dipercayai kru kapal tersebut, masih belum dikenal pasti identiti dan sedang menunggu proses pengecaman mayat oleh keluarga mangsa dan pemilik kapal selesai.

Memasuki hari kelima kejadian, nasib sembilan daripada 18 kru kapal yang terlibat masih belum diketahui hingga kini.

Justeru, komuniti maritim dan orang awam yang melihat atau menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta segera melaporkan kepada Pasukan SAR yang berada di lokasi operasi atau Pusat Operasi Maritim Pangkalan Batu Pahat pada talian hotline 07- 4344020 atau 999. – BERNAMA

Tags: Kapal Korekoperasi SAR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

12/11/2023
0

KULIM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru, Mohd Hafiz Jasmi, 38, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dalam hutan di...

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

09/07/2023
0

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Mawar yang masih hilang diteruskan hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd