• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Semula Taman Ikan Emas – Ku Nan

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan semula Taman Ikan Emas, di sini yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun adalah bukti keprihatinan Barisan Nasional (BN) terhadap keperluan penduduk Bandar Tun Razak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 58.37 hektar merangkumi Perumahan Awam Sri Johor, Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan Taman Ikan Emas yang mempunyai 5,689 unit kediaman.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 4,794 unit rumah adalah milik penyewa perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) manakala 895 unit lagi adalah pemilik unit yang telah dibeli.

“Setiap unit yang ditawarkan akan mengandungi tiga bilik dan dua bilik air dengan satu tempat letak kereta percuma setiap unit, serta kemudahan lain seperti surau, tadika, dewan dan pasar terbuka yang pastinya akan memberi keselesaan kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada penduduk perumahan awam yang terlibat dengan pembangunan semula Taman Ikan Emas Fasa 1 di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata kerja-kerja ‘piling’ dan ‘substructure’ telah dimulakan bagi fasa 1 serta pembangunan keseluruhan fasa 1 bagi projek itu dapat disiapkan selewat-lewatnya Disember 2021.

“Pada tahun 2013, penyewa DBKL yang menerima surat tawaran rumah baharu hanya ditawarkan rumah gantian berkeluasan 800 kaki persegi sahaja dan kini setelah lima tahun, pihak pemaju bersetuju untuk mengubah keluasan unit kepada 850 kaki persegi tanpa kos tambahan.

“Kerajaan BN begitu prihatin terhadap penduduk di Bandar Tun Razak dengan menawarkan rumah yang mempunyai harga pasaran sekurang-kurangnya RM300,000 dengan hanya RM28,000 sahaja kepada penyewa DBKL,” katanya.

Seramai 1,638 penyewa diberikan surat tawaran baharu untuk pembelian unit gantian tersebut hari ini. – BERNAMA

Tags: pendudukTengku Adnan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

20/05/2026
0

PAHANG - Selepas 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di sebuah kawasan di negeri ini nekad berdiri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd