• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Terpaksa Guna Khidmat Cambridge Analytica

oleh Ahmad Albab
24/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Penglibatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara ‘ekspres’ dalam dunia politik sehingga menyebabkan dia kurang dikenali akar umbi parti mungkin mendorong bekas menteri besar Kedah itu menggunakan khidmat firma perunding politik, Cambridge Analytica bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Umum (PRU13) yang lalu.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata perkara itu adalah tidak menghairankan kerana Mukhriz sudah pasti menggunakan apa sahaja kemampuan dan kekayaan yang dia ada untuk kepentingan peribadinya, termasuk menggunakan khidmat syarikat penganalisis data tersebut dalam usaha untuk menang pada PRU13.

“Oleh kerana dia ada kekayaan, dia anak perdana menteri dan sebelum masuk politik pun dia sudah kaya raya, maka dia gunakan agensi dan penasihat ini (Cambridge Analytica) untuk bantu dia pada kempen PRU13 yang lalu,” katanya selepas merasmikan program Jom Jimat Belanja Dapur di sini hari ini.

Mukhriz, kata Mohd Johari, sebelum ini menggunakan pengaruh bapanya yang juga bekas perdana menteri selama 22 tahun serta bekas anggota parlimen Kubang Pasu selama berpuluh tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terjun ke dalam kancah politik.

Bagaimanapun kata Mohd Johari, rakyat pada ketika itu tidaklah terlalu bodoh untuk terus-menerus mempercayai pemimpin yang kurang dikenali dan tidak pernah nampak batang hidung, yang secara tiba-tiba mahu bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu.

“Mukhriz bukanlah pemimpin akar umbi, dia masuk mai terus macam itu. Terus nak bertanding sebagai ketua pemuda (UMNO Kubang Pasu) walaupun dia tak kenal cawangan, tak pernah masuk kampung.

Lepas itu dia kalah sebab orang tak boleh terima kerana tak kenal dia, walaupun Dr Mahathir jadi anggota parlimen berpuluh tahun, Mukhriz tak pernah balik kawasan (Kubang Pasu). Sudahlah kalah, bertanding pula nak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” katanya

Mohd Johari yang memegang jawatan sebagai anggota parlimen Kubang Pasu sejak 2013 berkata, tindakan Mukhriz itu secara terang-terangan menunjukkan bahawa dia bukanlah mahu memberi sumbangan untuk negara, sebaliknya hanya tergila-gilakan jawatan.

“Saya sendiri nak jadi ketua bahagian ambil masa berpuluh tahun, saya mula daripada bawah sehinggalah jadi anggota jawatankuasa pemuda UMNO bahagian, naib ketua pemuda bahagian, ketua pemuda bahagian, bendahari bahagian dan barulah jadi ketua bahagian,” katanya.

Wakil negara SCL Group baru-baru ini mengesahkan kepada kerajaan bahawa nasihat Cambridge Analytica mengenai PRU13 telah diberikan secara peribadi kepada Mukhriz yang sekarang timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Untuk Parti Dominan Dalam PH, Semua Setara

30/12/2018
0

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tiada keperluan bagi Pakatan...

J/kuasa Tapis Bekas Pemimpin UMNO Ambil Kira Pandangan Akar Umbi

30/12/2018
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meneliti dan menapis permohonan keanggotaan bekas pemimpin UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd