• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belletti Akhiri Kemarau Gelaran Selepas 2 Tahun

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Pelumba Itali, Manuel Belletti daripada pasukan Androni Giocattoli-Sidermec menamatkan kemarau gelaran selepas dua tahun apabila menjuarai peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 dari Velodrom Nasional di Nilai ke Dataran Tanjung Emas, di sini hari ini.

Pelumba berusia 32 tahun itu yang baru pulih daripada kecederaan serius dialaminya awal tahun ini, menampilkan kayuhan cemerlang menuju ke garisan penamat, menewaskan pelumba Albania Eugert Zhupa daripada Wilier Triestina-Selle Italia dan pelumba Kazakhstan, Ruslan Tleubayev mewakili Astana Pro Team pada perlumbaan hari ini melibatkan jarak 222.4km.

Kesemua tiga pelumba berkenaan, mencatat masa yang sama 5 jam 08 minit dan 23 saat pada perlumbaan mencabar itu, menampilkan tiga zon pecutan dan enam zon pendakian.

Pelumba Rusia, Artem Ovechkin daripada Pasukan Berbasikal Terengganu (TSG) yang menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan pada saingan hari ini, masih mengekalkan Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan, selain mempertahankan Jersi Merah Polka Dot, dengan catatan masa keseluruhan 28’56:20 saat serta mengutip 40 mata.

Pelumba Itali, Riccardo Minali yang mewakili Astana Pro Team, dalam pada itu, berada di landasan terbaik memenangi Jersi Hijau selaku Raja Pecut selepas mengumpul 55 mata, dengan berbaki satu peringkat perlumbaan berbasikal berprestij itu.

Pelumba Kazakhstan, Yevgeniy Gidich daripada Astana Pro Team juga dalam kedudukan terbaik merangkul Jersi Putih selaku Pelumba Terbaik Asia, selepas mencatat masa keseluruhan 28 jam 57 minit dan 22 saat, setelah berakhir peringkat ketujuh hari ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Belletti berkata kejayaan itu amat bermakna selepas mengalami kecederaan serius semasa perlumbaan Vuelta a San Juan Internacional di Argentina, akhir Januari lepas, mengakibatkan tiga tulang rusuk dan tulang selangkanya patah.

Kali terakhir Belletti meraih kemenangan podium adalah pada 2016, menyaksikan beliau menamatkan saingan di tempat kedua pada perlumbaan peringkat kedua Tour du Poitou Charentes di Perancis.

“Perlumbaan hari ini sengit kerana terpaksa berhadapan dengan enam zon pendakian yang mencabar, selain laluan yang panjang. Saya gembira dapat memenangi perlumbaan ini,” kata Belletti melalui penterjemah, sambil mendedikasikan kemenangan itu kepada rakan sepasukan yang berusaha keras dalam saingan hari ini.

Peringkat akhir LTdL 2018 esok, membabitkan jarak 141.1km dari Dataran Rembau ke Dataran Merdeka, menampilkan tiga zon pecutan di Seremban serta dua pusingan sekitar Kuala Lumpur dan juga tiga zon pendakian di Mantin, Sungai Tekali dan Look Out Point. – BERNAMA

Tags: LTdL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harrif Puas Hati Tamat Kemarau Raih Podium

22/03/2018
0

PEKAN — Pelumba pecut kebangsaan, Mohd Harrif Saleh puas hati kerana berjaya menamatkan kemarau enam tahun untuk meraih kedudukan podium...

LTdL 2018: Minali Catat Kemenangan Kali Kedua

22/03/2018
0

PEKAN – Pelumba Astana pro Team, Riccardo Minali merangkul kemenangan peringkat kali kedua pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2018...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd