• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panggil Anak ‘Kakak’, Badan Berisi Bukan Hamil

oleh
25/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KASIHAN pada kaum wanita ‘berpangkat’ isteri ni… Bila badan berisi sikit, pasti akan ada orang anggap sudah berbadan dua. Padahal ia sekadar perubahan fizikal semata-mata.

Baca: Mahu Anak Ramai, Adira Cuma Ada 3 Tahun Lagi…

Menurut penyanyi putih melepak Adira Suhaimi, 27, perubahan fizikal terhadap bentuk badannya kini kelihatan sedikit berisi bukanlah bermaksud dia sudah berbadan dua.

Bagaimanpun, ada juga peminat yang terlampau obses terus membuat andaian bahawa anak sulung Adira dan Datuk Red, iaitu Anggrek, bakal mendapat adik apabila mereka memanggil bayi comel itu dengan gelaran ‘kakak’.

“Saya belum lagi hamil… Cuma mungkin wajah bulat dan badan yang tampak berisi membuatkan ramai membuat andaian sedemikian. Tambahan pula kami memanggil Anggrek dengan gelaran kakak.

“Sekiranya ada khabar gembira, pasti saya akan kongsi bersama semua orang. Sebenarnya, saya sendiri belum pasti (sama ada hamil atau sebaliknya) kerana sebelum ini pun, saya cuma sedar sedang berbadan dua apabila kandungan sudah masuk minggu kesembilan,” katanya dipetik daripada BH Online.

Adira juga tidak menyangka bahawa hanya disebabkan gelaran itu, ada sesetengah pihak yang sudah salah faham sehingga membuatkan mereka meletak harapan yang tinggi kepada pasangan itu.

“Apa pun, terima kasih kepada peminat yang masih menyokong saya, dalam soal peribadi mahupun kerjaya. Alhamdulillah, Anggrek pun baru saja menyambut ulang tahun hari lahir pertama, beberapa hari lalu,” tambahnya lagi.

Hasil perkahwinannya dengan Datuk Red pada tahun 2015 lalu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Anggrek.

Suami Adira Cadang Tambah 'Cawangan'?

Namun, Adira turut tidak menolak jika sudah sampai rezeki buatnya untuk menimang cahaya mata kedua.

Hal ini kerana, menurut Adira, dia mahu mendapatkan anak yang ramai sebelum mencecah usia 30 tahun.

Dalam masa yang sama, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelapan itu juga sedang sibuk mempromosikan single baharu nyanyiannya yang berjudul, Sembunyi, hasil ciptaan Aliq Sleeq.

“Sebelum saya memutuskan untuk merakamkan lagu ini, ada juga beberapa karya lain yang diterima. Namun, Sembunyi hadir tepat pada masanya kerana saya memang mencari lagu bersesuaian dengan kehendak muzik sekarang.

“Saya sangat tertarik dengan lirik dan melodi lagu ini, yang dilihat seperti memberikan nafas baharu kepada saya,” ujarmnya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Adira SuhaimianakDatuk RedNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd