• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaftaran PH Masih Tak Dapat Diproses

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan pada masa ini, masih tidak dapat diproses.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata ia berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), satu daripada parti komponen yang menyertai pakatan itu, belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat dan dokumen sepertimana dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

“Dengan ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan buat masa ini masih tidak dapat diproses,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada 9 Mac lepas, RoS dilaporkan mengeluarkan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 kepada PPBM yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan berkenaan.

Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh RoS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Pakatan Harapan menghantar permohonan pendaftaran pada Julai tahun lepas. – BERNAMA

Tags: ROSSurayati Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

24/09/2026
0

PUTRAJAYA - Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak dibatalkan, sebaliknya gabungan itu dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu. Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd