• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Single Baru Bawa Nama Kila Ke Peringkat Antarabangsa

oleh
25/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUJIAN harus diberikan kepada pelakon dan penyanyi Kilafairy selepas enam tahun mencuba nasib dalam bidang nyanyian, akhirnya kini bakatnya mula dihargai oleh peminat dari luar negara!

Baca: Kilafairy Mahu Lebar Sayap Ke Luar Negara

Menurut Kilafairy atau nama penuhnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, dia tidak menyangka bahawa single baharunya berjudul Put The World In gandingan bersama DJ Aku Ash dan Sean Kingston kini telah menduduki carta pertama iTunes di Papua New Guinea.

https://www.instagram.com/p/BgdYoNOFrYZ/?taken-by=kilafairyofficial

“Saya terkejut mendengar berita itu. Mungkin melodi lagu itu bersesuaian dengan jiwa mereka kerana kebetulan penerbitnya, Brian B berasal dari situ,” katanya dipetik daripada BH Online.

Anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu akui bahawa pencapaian tersebut merupakan satu kebanggaan buatnyaa apabila lagu berkenaan telah menjadi pilihan pendengar antarabangsa.

Oleh itu, sebagai tanda penghargaan, dia sedang dalam perancangan bagi mengadakan satu persembahan di negara itu.

Selepas dimuat naik pada Februari lalu, video muzik lagu Put The World In telah mencatat hampir sejuta kali tontonan di YouTube serta masih berada di carta iTunes.

Sebelum ini Kilafairy telah membawa banyak genre muzik di dalam setiap lagunya dan kini dia akui bahawa genre yang dibawa kali ini begitu dekat dengan jiwanya.

“Bayangkan proses rakaman lagu ini selesai tidak sampai sehari. Kingston membuat persiapan rapi sebelum ke studio, jadi kami tidak memerlukan banyak masa untuk menyelesaikan rakaman.

“Lagu itu siap dirakam dalam masa tiga jam, manakala liriknya pula lengkap dalam 20 minit. Saya harap populariti lagu ini akan membuat peminat menanti kemunculan karya terbaru,” tambahnya lagi.

Enam tahun mengukir nama dalam bidang nyanyian, tahun 2018 merupakan tahun bertuah bagi penyanyi berusia 26 tahun itu untuk tersenyum bangga dengan kejayaannya pada masa ini.

“Mungkin ini masa untuk saya. Biarpun lama menanti, saya selesa begini kerana saya tidak mahu popular mendadak.

“Memang nama saya tidak terlalu di atas, tetapi itu lebih baik. Saya anggap ia bonus apabila lagu saya mendapat perhatian. Betul kata ibu, Rohana Jalil, lebih baik merakamkan lagu ‘catchy’ kerana ia lebih sesuai dengan saya,” ujarnya.

Juga: Kilafairy Tak Kisah Sean Tak Promosi Lagu Duet

Bagaimanapuin, sebelum ini Kilafairy ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak ambil hati apabila rakan duetnya, iaitu Sean Kingston langsung tidak mempromosikan kagu tersebut.

Tetapi itu bukanlah penghalang baginya untuk terus berjaya dan buktinya kini lagu tersebut berjaya menembusi ke pasaran antarabangsa. – MYNEWSHUB.CC/AH

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Tanah Robohkan ‘Flat Rohingya’

Pemilik Tanah Robohkan ‘Flat Rohingya’

13/06/2026
0

KAJANG - Sebuah binaan haram yang diberi jolokan 'Flat Rohingya' di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat dekat sini...

Akaun Fake, Penyebar Fitnah Sekarang Takut Dengan J-KOM – Ketua Pengarah

Akaun Fake, Penyebar Fitnah Sekarang Takut Dengan J-KOM – Ketua Pengarah

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berpandangan kewujudan agensi itu kini semakin dirasai sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd