• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Cara Untuk Kurangkan Pengambilan Gula

oleh AK-47
23/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGAMBILAN gula rakyat Malaysia amat membimbangkan dan menjadi penyumbang kepada punca mengapa ramai yang kini menghidap pelbagai penyakit berbahaya seperti obesiti, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya.

Oleh itu, kawalan kuantiti pengambilan gula perlulah diambil selain melakukan senaman dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Mahu tahu cara mudah dan ‘tidak menyeksakan’ untuk mengurangkan pengambilan gula dalam sehari anda? Ikuti lapan tip di bawah:

1. Pilih Pinggan Warna Krim Atau Putih

Menurut sebuah kajian daripada Journal of Sensory Studies, didapati peserta merasakan bahawa minuman coklat panas lebih manis apabila dihidangkan di dalam cawan berwarna putih, dan artikel tersebut turut berkongsi fakta bahawa peserta akan merasakan mousse strawberi lebih manis jika dihidangkan di atas pinggan putih berbanding pinggan hitam.

2. Makan Sarapan Tinggi Protein

Sarapan yang kaya dengan protein akan menjadikan anda lebih cepat ‘puas’ dan mengurangkan aktiviti dalam otak yang mendorong kepada keinginan untuk makan sesuatu, jadi anda tidak akan teringin untuk makan makanan yang tinggi lemak datau tinggi gula, menurut satu kajian AS.

3. Pilih Minuman Bebas Kafein

Kepahitan semulajadi teh dan kopi menjadikan seseorang itu lebih cenderung untuk makan makanan yang bergula dan kuih-muih manis, dan sebuah kajian daripada Cornell University di AS turut mendapati bahawa kafein membuatkan kebolehan anda untuk mengawal deria rasa manis berkurangan, sekaligus membuatkan anda keinginan untuk makan yang manis-manis mendadak.

4. Tambah Kayu Manis Dan Vanila

Jika anda perlu juga minum kopi atau teh setiap pagi, apa kata cuba tambah perisa kayu manis atau vanila. Menambah perasa ini akan mengurangkan keinginan anda untuk mengambil gula kerana dua bahan ini sering dikaitkan dengan manisan, jadi otak anda telah ‘ditipu’ bahawa tubuh anda telah menerima gula, padahal……

5. Sedar Tahap Stres Anda

Minuman manis dikatakan dapat membantu mengurangkan tahap stres, yang menjadi sebab mengapa kita akan teringin untuk minum minuman manis ketika saat-saat menekan seperti tempoh penyerahan tugasan dan sebagainya. Oleh itu, ambil masa untuk bertenang dan fikir dahulu,”Perlukah aku ambil kuantiti gula yang banyak seperti ini?Berbaloi kah?”

Lama-kelamaan, ianya akan menjadi satu kebiasaan dan anda tidak akan bertindak mengikut impulse lagi.

6. Makan Coklat Gelap

Jika anda penggemar coklat, jangan risau kerana anda masih boleh menikmatinya. Tapi, tukarlah dengan coklat gelap. Selain rasanya yang lebih ‘mendalam’, coklat gelap juga kaya dengan lemak sihat dan antioksidan. Kajian turut mendapati coklat gelap memberikan pemakannya merasa lebih puas, jadi anda akan kurang cenderung untuk makan makanan yang manis, masin atau tinggi lemak selepas itu.

7. Cukupkan Tidur

Berjaga sehingga ke malam biasanya akan membuatkan anda cepat lapar, dan anda akan hilang kawalan dengan mudah. Kalori yang tidak diperlukan ini akan disimpan menjadi lemak dan menyumbang kepada pertambahan berat badan. Jika anda susah hendak tidur, apa kata cuba tutup lampu dan jangan gatal-gatal bermain telefon pintar!

Malah, habit makan lewat malam akan menjadikan sistem penghadaman anda kurang baik dan menyumbangkan kepada kualiti tidur yang rendah.

assorted junk food

8. Jauhi Makan Diproses

Meskipun makanan itu tidak berasa manis, namun harus diingat bahawa terdapat gula tersembunyi yang berada di dalam makanan ringan itu yang hanya membuatkan anda makan lebih banyak.-MYNEWSHUB.CC

Tags: kesihatanmakanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bakti Muncul Juara Kejohanan Boling Salute Malaysia

Next Post

Umum Awal Calon BN: Guna Masa Tarik Pengundi

Related Posts

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Next Post

Umum Awal Calon BN: Guna Masa Tarik Pengundi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd